Friday, 13 November 2026

Rezeki Jumaat

Hari Jumaat ni istimewa kan. Sebab penghulu segala hari agaknya, apa-apa yang berlaku hari Jumaat terasa lebih istimewa. 

Mama Iman tak habis lagi dok lelong barang dalam kedainya. Ada orang booking tapi senyap je dah berbulan-bulan tak datang ambil, bayar apatah lagi. Ummi ni pula pantang tengok yang berkenan dan berbaloi untuk dibeli, Ummi belilah. Kali ni beli inner snowcap, buat stock untuk Adik Kakak. 6 pcs cuma RM10. Harga tutup kedai :D 

Bila buka bungkusannya eh, ada tudung 4 helai dan 1 inner snowcap warna biru. Untuk kepastian (wpun ada nama Ummi pada plastik tu) Ummi tanya juga pada Mama Iman. 

"Semua tu hadiah Kak"

Alhamdulillah rezeki. 

Ini pula kek batik Oreo, Aisyah kawan Adik bagi. Sedap! 

Ni kira rezeki juga ke? 
Walid solat Jumaat dengan PMX :D 
Yang tengah berdiri tu bodyguards beliau.

Selamat berhujung minggu semua. 



14 comments:

  1. meriah btul oreo dkt kek batik tu

    ReplyDelete
  2. Untung tu beli inner cap dapat tudung.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki yang diberikan Allah. Tudung itu cantik-cantik.

    ReplyDelete
  4. Memang hari jumaat biasanya orang berebut² untuk memberi. Bersyukurlah jika kita juga menjadi tangan yg menerima, saling menyantuni antara satu sama lain

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki dari pelbagai jenis

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, manis rezeki Jumaat 😊 Niat beli inner untuk anak-anak, sekali dapat hadiah tudung pula. Kejutan kecil macam ni yang buat hati senang. Ditambah kek batik Oreo lagi, lengkap rezeki hari tu!

    ReplyDelete
  7. Banyaknya serbuk oreo yang dia letak tu.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Rezeki..jumaat yg barakah

    ReplyDelete
  9. Syukur alhamdulillah rezeki di hari Jumaat kan..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Rezeki hari jumaat yang barakah.

    ReplyDelete
  11. Rezeki buat si penerima, pahala buat si pemberi.

    ReplyDelete