Friday, 27 November 2026

Buang Meja Makan Lama

Meja makan ni meja makan kedua kami miliki. Lebih 10 tahun rasanya ia berkhidmat untuk kami. Bila beli meja makan baru, meja makan lama ni dialih ke beranda. Tujuannya supaya kalau ada kawan anak-anak datang bolehlah duduk di luar ni. Struktur meja pun elok lagi tapi rupa parasnya dah kurang cantik. 

Kakinya dah berbalut.
Asalnya Tot dan adik beradik dia cakar manja², kita pun biar je sebab ingat tak membawa mudarat. Sedar tak sedar habis kaki meja ni kena cakar 😬

Tapi masih boleh ditutup aibnya, tutup aje dengan alas meja bila tetamu datang :D 

Setelah beberapa lama kena sidai di beranda (setahun lebih rasanya), akhirnya Ummi decided untuk buang meja makan ni. Nak tukar suasana, biar lapang beranda tu. Anak-anak bulus bolehlah bermain dan berlari dengan lebih bebas dan selamat. 

Walid log in dekat website i-Clean dan request untuk depa datang collect meja makan ni. Nanti pihak KDEB (syarikat pengurusan sampah) di Selangor akan hubungi kita untuk set tarikh depa nak datang ambil (dlm tempoh ± seminggu) dari tarikh report dibuat. 

Sebesar alam lori depa bawak mai :D 


Cantik lagi meja ni. Tapi itulah dah sampai masa untuk dilepaskan. Kerusi 3 buah dah kena ambil dengan Bangladeshi pekerja JMB berhampiran. Ikutkan meja ni pun dia nak ambil tapi kami bagitau dia kami dah call KDEB. Ada pulak dia minta RM50 dekat kita untuk ambil meja ni. Memang tak lah, dengan KDEB free of charge je. 

Kawan-kawan di Selangor kalau ada yang nak let go / buang bulk items bolehlah contact KDEB, thru i-Clean tu. Free of charge je. Seeloknya contact depa, jangan dibuang sesuka hati. Biar depa uruskan sebaiknya. 

11 comments:

  1. Dh smp masa utk dibuang.. Kukuh nmpk nya sbb tu bertahan lama 10 thn tu.. Oh ada website i-clean... Tq info

    ReplyDelete
  2. Suka hati je nak charge ye. Lama jugak tu 10 tahun.

    ReplyDelete
  3. Laaa dia yg nak ambil kena bayar pulaknya patutnya dia yg bayar. Nampak elok lagi cermin tu.

    ReplyDelete
  4. Kena tutup mata aje la kalau nak buang barang dalam rumah kan. Sayang macam mana pun, kalau tak digunakan, tak guna juga, hihi. Kalau dekat taman perumahan kita, seminggu sekali ada lori pukal, letak jer barang besar nak buang di luar pagar, nanti dia ambil naik lori.

    ReplyDelete
  5. Lamanya meja tu bertahan, 10 tahun. Tapi ye la, dah tiba masanya utk dibuang. Masa pindah dari rumah Sri Gombak dulu, saya guna servis Unearth Store untuk clear kan perabot-perabot besar yang masih elok tapi tak de ruang nak letak di rumah baru. Unearth Store akan jual perabot kita as secondhand furniture dan hasilnya akan dikongsi dgn kita (tertakluk T&C):

    https://www.coffeebreakwithme.com/2022/07/cara-mudah-declutter-rumah-guna-servis.html

    ReplyDelete
  6. okay baru tahu pasal KDEB. thanks for sharing!
    lama meja tu bertahan. kadang rasa sayang nk buang kan. teringat 2 tahun lepas, kami buang vacuum yg berusia 16 tahun lepas dah lama berkhidmat. sentimental value betul

    ReplyDelete
  7. Dah tiba masanya kena buang, walau pun sayang. Bertabah ya PH

    ReplyDelete
  8. Dah boleh make-over ruang beranda eh.
    Agak² konsep apa nanti, English style, Balinese..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian. Senanglah nanti nak buang perabot rosak lepas ni.

    ReplyDelete
  10. Memang mcm tu kan sekarang, kalau ada barang2 bulky, memang kena call dulu.
    Tapi, boleh je kalau team depe sendiri report dekat mana jumpa barang2 bulky.. kikiki

    ReplyDelete
  11. SA pun ada satu set meja makan kayu 6 seater..last2 satu letak depan rumah ni...buat letak2 barang tapi rasa amacam nk buang jugak la sebab nampak bersepah...sblom nak buang ni nak tanya adik dia nak x..kalau nak kena la arrange transport htr ke rumah dia..kan...

    ReplyDelete