Sempena 20th Blogiversary blognya, Sis Mulan adakan Segmen Kenapa Saya Ada Blog. Menarik tugasan yang perlu dibuat ni. Klik pada banner untuk ketahui syarat/tugasan/info berkaitan segmen ni.
Kenapa Saya Ada Blog?
Niat utama Ummi buat blog adalah sebagai online diary. Ini yang pertamalah. Sebab tu nama blog pun Hari-Hari yang Ku Lalui. Kalau boleh semua benda nak ditulis/dikongsi dalam blog ni :D
Kadang bila baca balik entry lama, tersenyum sorang-sorang tengok gambar anak⁴ waktu kecik dulu. Inilah kelebihan blog, tempat menyimpan gambar dan merekodkan perkembangan dan aktiviti anak-anak.
Yang kedua pastinya nak simpan dan kongsi kenangan bersama orang-orang tersayang. Ummi pernah dengar dari seorang tokoh, tujuan dia menulis buku adalah sebagai legasi dia untuk khalayak yang perlukan rujukan bila dia sudah tiada. Ummi pula mengharapkan blog ni menjadi tatapan anak cucu Ummi kelak. Ummi tak berkesempatan mengenali arwah datuk nenek, baik di sebelah Tok atau Tok Wan. Jadi, di blog ni Ummi sering coretkan tentang Tok dan Tok Wan (my parents) supaya anak-anak Ummi kenal datuk nenek mereka. Abang dan adik-adiknya sempat membesar bersama Tok tapi tidak seorang pun antara mereka pernah bersua dengan Tok Wan.
Ketiga, blog adalah platform untuk Ummi menambah kenalan dan berkongsi info yang tidak seberapa dengan warga maya. Mudah-mudahan jika ada benda baik seperti resepi, perkongsian ilmu, info sedikit sebanyak dikira sebagai amal baik dan beroleh saham di sana nanti.
Banyak kenangan manis Ummi raih sepanjang berblog. Paling seronok dapat menambah kenalan di alam maya. Kawan-kawan bloggerlah teman berbual Ummi setiap hari. Ada yang pernah bersua muka, ada yang belum pernah bersua tapi mesra macam kenal rapat. Paling seronok semuanya saling menyokong antara satu sama lain. Alhamdulillah setakat ni tak jumpa lagi yang toxic :D
Antara bloggers yang Ummi pernah jumpa; SA, Sis Lin, Ezna, Carneyz, MZ, Linda, Ako (maaf kalau ada yg terlupa sebut).
Semuanya otai belaka, kita je newbie ahak 😆
Last but not least, nak ucap Happy 20th Blog Anniversary (Blogiversary) Sis Mulan!
20 tahun pastinya macam-macam memori pahit manis yang tersimpan dalam blog kesayangan. Semoga terus istiqomah berblog ❤️
Alhamdulilah, bertemu di alam maya akhirnya membawa pertemuan sebenar... semoga ukhwah berblogging tidak akan putus...🥰🥰
ReplyDeleteSlmt bersegmen
ReplyDeleteWahhh lamaaanya berblog.
Betul
Blog ni mcm dairy catatan cerita apa shj kan
Mcm kita yg pendiam memang sinilah rasa tmpt
Nk cerita luah atau apapun
alhamdulillah dah lama kita berblogging kan.. seronok pernah jumpa blogger lain sambil mengopi.
ReplyDeleteselamat bersegmen kak
sronok berblogging..dpt share info ..dpt kwn baru
ReplyDeleteAkak pun nak join lah tengah bertukang lum siap lagi
ReplyDeleteSelamat bersegmen.. belum sempat lagi join
ReplyDeleteSelamat bersegmen.
ReplyDeleteYa, itulah tujuan kita kan - nak menyimpan kenangan untuk rujukan akan datang.
ReplyDeleteSeronok baca kisah blogger2 dr segmen ni =D
ReplyDeleteterasa nostalgia sungguh bila baca blog kawan2 yg seusia ni. Dulu masa2 menulis blog pd thn 2007 memang ramai yg aktif. Skrg tinggal beberapa org je yg masih aktif...
ReplyDeleteDari blogging la kenal ramai kawan2 yg baik mcm PH dan lain2 🥰
ReplyDeleteSeronok dunia blogging kan...
ReplyDeletealhamdulillah...seronok dapat tambah kenalan di luar radar kebiasaan kita...
ReplyDeleteTeruskan berkongsi kerana saya suka membaca perkongsian para blogger
ReplyDeleteagaknya kalau diary online ni ditulis mahu dah jadi berbuku-buku dah kan?
ReplyDeletehehehe
all the best tau!
Berguna kan ada blog ni. kadang ada cerita yg kita pun lupa pernah berlaku, tp bila skrol balik entri lama, boleh kenang balik semua kenangan. kadang ada juga gambar yg ingatkan dah hilang tp rupanya ada jadi tatapan kat sini. sbb tu la masih setia nak menulis juga di sini hehe
ReplyDeleteDari blog lah saya banyaaaak kenal bloggers Malaysia. Dan jadi sering jumpa tiap ke sana. Itu kenapa tak bisa lepas dari blog..ini dah macam rumah Maya tempat saya mencurahkan semua memang.
ReplyDeleteSemoga beruntung terpilih kak PH 🎉🎉
yeke puan hazel ni newbie orangnya, macam tak caye jekk hihi
ReplyDeletesaya setuju part buat blog ni utk tengok kenangan lama. kadang2 bila baca entry kita masa dulu2, rasa banyaknya perubahan kan
Tambah kenalan dan dapat info melalui blog.
ReplyDeleteBetul....Bagi penulis blog suka suka macam kita kebanyakan nak simpan kenangan dan kongsi info yang bermanfaat
ReplyDeletesama lah, saya pun tak berapa nak kenal atuk nenek macam mana. masing-masing pula jenis introvert, sembang tak pernah lebih 5 minit.
ReplyDeleteAlhamdulillah....semoga semua terus bersemangat untuk terus berkongsi di blog samada untuk kenangan atau untuk manfaat bersama
ReplyDeletesaya suka segmen ni sbb bila baca entries blogger yg join, saya dpt tahu dan kenal lebih dekat laa esp reason berblogging! MZ rasa nak join jugak kalau sempat laaa..ni tgh fokus nak abihkan entries cuti2 jakarta bandung tu
ReplyDeletebila tarikh tutup segmen kak mulan ni? kita ni tak sudah2 BW tapi belum jumpa lagi blog kak mulan.
ReplyDeleteammi dulu mula blogging since sebelum ada anak. pastu tengok blog org lain cerita pasal anak kita blur nak story pasal apa. hahahha nak masak tak reti, nak bersosial pemalu pulak
Selamat bersegmen Puan Hazel.
ReplyDelete