Sunday, 15 November 2026

Adik | UASA, Buku Teks & Sukantara

Alhamdulillah selesai; 
Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ✅
untuk Adik. 


Jadual UASA Adik. 
4 subjek teras; BM, BI, Sains dan Matematik dah tak payah UASA sebab ada Matriks T4 awal bulan Oktober. Keputusan MPT4 ni hujung bulan ni katanya. 

Kerja seni Adik. 
Not bad, dapat A hehe...
Subjek lain pun kebanyakannya dah dapat markah. 

Alhamdulillah buku teks pun dah selamat dipulangkan dan diterima. Adik dapat buku teks Anis, adiknya Inas kawan Kakak. 

Ni Jumaat lepas, Sukantara. 
Adik tak masuk mana-mana acara. 
Tukang sorak saje. 

Ikutkan ada lawatan tapi ditunda. Keputusan ni dibuat JAIS sebab jerebu hari tu. Bila tengok kalendar program sekolah bulan 11, acara lawatan ni dah takde dalam agenda. Rasanya tak sempat dah nak buat sebab bulan 12 seminggu je sekolah. 

Tergendala sikitlah perancangan dek jerebu hari tu. Nak buat macamana, bukan kita minta pun. Yang kita rasa baik bagi kita belum tentu baik. Allah jua sebaik-baik Perancang. 





12 comments:

  1. Sekejap je dah hujung tahun. Banyak dah sekolah mula pulang buku teks.

    ReplyDelete
  2. Happy la murid2.. beg dah ringan

    ReplyDelete
  3. Banyak hal yang berlaku, bagus PH dapat catat di blog agak lengkap begini. Akan datang jadi kenangan untuk Adik.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sekolah anak dah settle UASA, rombongan sekarang tunggu result utk matriks je. semua rushing sebab cuaca tak mengizinkan hari tu

    ReplyDelete
  5. lega mak2 bila exam anak dh selesai..tunggu result la plak lpsni

    ReplyDelete
  6. Hari tu lalu SK Cyberjaya, nampak macam pengambilan buku teks. Kalau kat UPM, sekarang ni pengambilan jubah untuk konvokesyen.

    ReplyDelete
  7. berbaki dlm 3 minggu jer lg sesi persekolahan thn ni...

    ReplyDelete
  8. dah nak cuti sekolah kan...lepas ni pulang buku teks..dengarnya cuti sekolah awal sebab nak start balik sesi persekolahan January kan PH?

    ReplyDelete
  9. Lagi 3 minggu je nak sekolah di tahun 2026.

    ReplyDelete
  10. Acara lawatan sebenarnya paling ditunggu² tapi keadaan tidak mengizinkan pula.

    ReplyDelete
  11. Tahniah adik. Alahaiiiii lawatan sambil belajar le best. Cikgu dah sibuk dah nak cuti sekolah tu

    ReplyDelete
  12. pejam celik pejam celik dah hujung tahun.. tahun depan makin mendekat dengan kita...

    ReplyDelete