*Entry tertangguh*
Terengganu memang terkenal dengan pantai-pantainya yang indah. Jadi, kami juga tak ketinggalan memgunjungi pantai sewaktu di Ganu awal bulan tempohari. Top up vitamin sea kata orang :)
Pantai Tok Jembal
Abang bawa ke sini sebab dia selalu juga datang bersama AF.
Pantai ni berteluk sebab ada pulau buatan yang dibina sebagai pemecah ombak. Air nampak dalam tapi ada je yang mandi-manda.
Hari pertama cuma ambil angin di tepi laut. Ada jual-jual dan kedai makan juga. Kejap je kami di sini sebab dah nak Maghrib dan hujan mula turun, renyai-renyai.
Hari kedua datang lagi. Adik nak mandi laut. Itu pun main ombak di tepi pantai je. Ombak kuat, tak berani nak bagi masuk dalam air. Pantai ni macam bercerun. Sekali ombak datang, sekali kita rasa pasirnya menurun ke bawah.
Abang Angah jadi life guards Adik :D
Air laut makin tinggi, langit pula makin gelap. Jom la beransur...
Ada rezeki kita piknik di sini lain kali In Sha Allah.
Pantai Teluk Ketapang
Pantai favorite kami kalau ke KT.
Ini belah pagi, cuaca cerah dan cantik. Gambar pun elok la cukup cahaya kan...
Gambar depa berempat 8 tahun lepas di pantai ni. Comel je Adik tu, masih pakai pampers time ni :D
Pantai Batu Rakit
Damai suasana di sini.
Ada beberapa orang penduduk setempat duduk bersantai di pondok tepi pantai ni. Seronokkan lepak tengok pantai, ombak dan laut.
Ummi tak sure pantai ni orang mandi ke tidak. Pantai ni mengalami hakisan yang agak teruk. Kami singgah sebentar je, Abang ajak tengok tempat di selalu lepak iaitu Nyiur Cafe dekat sini.
Alhamdulillah dapat top up vitamin sea :D
Terengganu banyak pantai dia terhakis kuat tapi seronok santai kat laut. Dengar bunyi omak angin berdesir halus Di hiasi Lambaian daun kelapa Di sapa angin. Syiok layan blues tepi pantai
ReplyDeleteYe Kak Notie. Katanya hakisan makin teruk day to day.
DeleteAkk macam bersajak pulak ye 😁
best amik angin pantai
ReplyDeleteRalit tak nak balik kalau boleh :)
DeleteWah siapa sangka datang balik selepas 8 tahun! Boleh banding dua-dua gambat.
ReplyDeleteItulah :D
DeletePantai sana cantik-cantik. Rasa luas dan puas tengok.
ReplyDeleteBetul Puan. Airnya pun jernih
DeleteRindu nak main tepi pantai bila tengok gambar2 yg PH ambik ni
ReplyDeleteKan ... Rasanya once a while kita memang kena tengok laut, pantai... Soul soothing.
Deletei need vitamin-sea too!
ReplyDeleteYezza 🤗
DeleteBanyak sangat pantai kat sana.
ReplyDeleteYe Kak
DeleteBersih la pantai ni... Tak nampak sampah!
ReplyDeleteDalam semua ni, Pantai Teluk Ketapang paling bersih 👍🏻
DeleteSeronok lepak tepi pantai tapi dalam masa sama cuak juga kalau ombak dan angin kuat menhempas ni
ReplyDeleteBetul Diah. Elok kita berhati-hati sentiasa.
DeleteSukanya ganu kite... rindu nk makan kepok lekor fresh & ori di ganu... nak jamu mata di pasar payang.. hehehe
ReplyDeleteSemua ni wajib la buat bila ke Ganu kan Kakmim.
DeleteCantik pantainya cuma leh main air kat tepi2 tu je....
ReplyDeleteYa cantik pantainya, jernih air pun. Kena hati-hati, dah masuk musim tengkujuh. Ombak besar
Deletelaut memang mendamaikan kalau tak panas terik. Kalau terik aduhaiiii melekit2 rasa badan.
ReplyDeleteKita pergi waktu pagi dan lewat petang Ammi, cuaca redup.
DeleteBestnya ambil angin pantai Ganu. Lama jugak tak jejak Ganu ni.
ReplyDeleteBoleh la revisit Cie.
DeleteNyiur Cafe tu viral..SA nak pi situ hari tu macam 40 min dari bandar..suruh dania tukar tempat lain..hahaha..
ReplyDeleteYe SA, jauh juga dari tempat Abang pun.
DeleteSaya pun dah lama tak pergi tepi pantai ni. Harap adalah rezeki lepas ini.
ReplyDeleteLama tak ambil angin laut.. Rindu pula bila tengok gambar2 yang PH kongsikan ini..
ReplyDeleteTak tahulah hotel saya nanti dekat pantai atau tidak. Karena tujuan ke KT memang semata nak kuliner. Kalau ketemu laut, Alhamdulillah 😅
ReplyDeletepantai tok jembal ni mmg port lepak budak2 unizsa laa
ReplyDelete