Walid pergi market, nampak ada orang jual nasi pelbagai jenisdi tepi roundabout Sri Gombak tu. Jadi singgahlah beli sarapan di situ.
Kenal kan Mama Tini ?
Ibu kepada Neelofa.
Kata penjual semuanya ori dari Kelate.
Nasi Bukuh Mama Tini ni memang adalah dengar namanya sebab Neelofa buat review kan. Nasi berlauk Fizow Kitchen ni Ummi tak pernah dengar.
Bagi Nasi Bukuh Mama Tini kertas pembungkus warna berbeza digunakan untuk lauk berbeza.
Ummi makan Nasi Bukuh lauk gulai ayam (pembalut hijau). Ada gulai ayam dan sambal lada. Gulai ayam dan sambal lada sedap esp sambal lada tu. Pedas yang buat kita nak makan lagi, dan lagi. Nasi agak keras sebab dah sejuklah. Overall sedap dan boleh repeat.
Ummi ambil timun dalam peti ais, hiris dan makan bersama nasi ni. Bertambah sedap. Cuma mungkin Mama Tini tak letak timun supaya nasi tahan lebih lama (takut timun masam, menjejas rasa).
Yang pembalut biru lauknya daging berlengas. Sedap cuma keringlah takde kuah. Antara dua (gulai ayam vs daging berlengas), Ummi pilih gulai ayam.
Nasi Berlauk Fizow Kitchen ni Adik yang makan. Lauknya ayam masak kicap. Ummi tak rasa jadi tak dapatlah nak review/komen.
Harga Nasi Bukuh Mama Tini RM8/ bungkus. Boleh try sebab sedap dan mengenyangkan. Bukan paid review ye, just share 🫰🏻
Oh penah cuba sekali
ReplyDeleteBolehla kan utk sarapan pg
Portion dia tu kenyang juga Cik Nur kan...
DeleteTimun tu kdg takut Menyebabkan nasi basi kalau lambat org beli tapi kalau Di asing kan mungkin tahan lama. Agaknya penghantaran dari kelantan entah pukul berapa Di hantar. Sedap sesekali pekena sarapan camni. Dah pack tinggal pilih je
ReplyDeleteYe Kak Notie. Diorang pun pek awal pagi kan, memang ada risiko basi kalau letak timun. Tak pun lembik jadi tak sedap lah nanti
DeleteX pernah lg try nasi dari 2 seller ni =D
ReplyDeleteBoleh cari Nieza 🤗
DeleteNasi bukuh ni first time pulak dengar. Bukuh = bungkus dalam dialek Kelate ke?
ReplyDeleteye bukuh tu dlm bahasa klate maksudnya bungkus
DeleteTq MT reply 🫰🏻
Deletenasi bukuh mama tini tu adik kita beli aritu..kt area umh ni biasa juga beli nasi yg di bawa dr klate camni tp tkde plak yg mama tini punya
ReplyDeleteKita pun baru 1st time jumpa yg Mama Tini ni. Balik Gombak boleh cari MT
Deletememang nampak gerai ni cuma MZ tak leh singgah sbb memang tak mkn nasi la selagi tak abih my diet programme ni
ReplyDeleteEveryday ada ye MZ? Nanti cheat day boleh beli hehe
DeleteTak mahal sangat la harganya berbanding nasi ayam dia, hihi. Kat sini ada jual nasi bukuh jugak, dia letak nama nasi bukuh kelate. Kalau ada yg mama Tini nak try jugak.
ReplyDeleteIye, RM 8 je. Hari tu kan ada orang belum apa² cakap mahal. Terus kena sound dgn Lofa 🤭
DeleteMacam-macam nasi ada. Alhamdulillah boleh pilih mana nak makan.
ReplyDeleteYa, semua pun sedap-sedap.
DeleteKat gerai area ofis ada gak nasi bungkus gitu pagi² cuma tak pernah try lagi
ReplyDeleteSekali sekala tukar selera makan nasi pulak Kak pagi-pagi 😁
Deleterm8 tu standard harga nasi berlauk kelantan jual di KL. so munasabah lah
ReplyDeleteYe betul standard price. Takdelah sampai RM 28 macam orang dok troll tu 🫣
Deleteteringat 1 kedai di putrajaya, mmg setiap pagi ada bekfes bungkuh gini yg fresh dr kelate, fly setiap pagi dr kb ke putrajaya.. tp tu la kdg lambat sampai sbb flight x menentu
ReplyDeleteTak pernah try lagi....
ReplyDeletetertunggu2 juga part harga tu..so kira ni harga biasalah. ingatkan harga kayangan mcm nasi ayam dia haha
ReplyDeleteMama tini ni jual nasi bukuh pulak ye. Nasi ayam kayangan senyap dah kan.
ReplyDeleteTak pernah nampak tapi kat Plaza Sentral ni ada je nasi air dingin ke apa ntah...
ReplyDeleteRM 8 nasi berlauk zaman sekarang ye.
ReplyDeleteOkay juga tu harganya.. Biasanya macam tu lah, tak bubuh timun nak elakkan nasi jadi masam atau berair kan..
ReplyDeleteWaaah kalau saya jumpa , nan juga beli. Ingin merasa apalagi ini makan asli kelate
ReplyDeletesaya baru tau mama tini jual nasi bungkus. pernah dengar yg nasi ayam haritu je
ReplyDelete