Dari Kuala Gandah, kami ke Bandar Temerloh, nak buru patin tempoyak :p
Ikut jalan dalam, dalam 30 km rasanya.
Sayang, kami terlepas peluang nak berhenti di Titik Tengah Semenanjung untuk merakam kenangan di situ. Ingatkan sekadar gelaran untuk Temerloh, rupanya ada monumen yang dibina di titik koordinat tersebut.
Kami sampai di Bandar Temerloh sekitar jam 1.50 ptg. Cuaca panas berdenting, trafik pun sesak. Pusing² nak cari tempat makan, tapi dek kerana sesak dan panas membahang, tak jadi nak makan di kawasan medan selera tepi sungai ni. Pusing² akhirnya kami singgah di sebuah kedai makan bersebelahan Masjid Ubudiah, Batu Satu.
Ikutkan Cik Ayu dan Mama Nurin ada bagi cadangan kedai² makan sedap di Temerloh ni tapi kami main terjah je masuk sini. Malas nak ke kedai² viral peak hour gini, plus cuaca panas lagi. Perut pun dah mula lapar, pukul 2 dah kan...
Tak cukup, Ummi ambil juga bahagian isi ikan patin goreng balado. Ambil juga ulam pucuk ubi dengan sambal belacan. Menangis makan; sebab sedap dan pedas kaw² π
Otw nak ke homestay, singgah beli Coconut Shake Bossku. Lega tekak dapat minum CS ni.
Yang lagi 2 CC Special, ada sirap coklat dan taburan kekacang utk anak⁴.
Beza harga singgit je.
Sebelah petang kami keluar semula ambil angin di tepi sungai. Teringin juga nak naik bot tapi ramai orang, plus dah lewat petang.
Jadi kami jalan² ambil angin je...
Dah nak Maghrib jom la balik ke sarang...
Sempat lagi 'tersesat' di kedai dua ringgit pat kupang ni. Beli tissue, wipes, plastic sampah semua untuk kegunaan di homestay. Barang² gini beli je, kalau tak guna pun takpa, boleh bawa balik ke rumah sendiri.
Lepas makan solat semua, Ummi masuk beradu. Tak sabar nak tunggu esoknya π€
Linda tak reti makan ikan patin..
ReplyDeleteLa ye ke...
DeleteSedapnya Patin....alaaaa....nak kena pi Temerloh jugak ke nanti...dari Kuantan ke Temerloh jauh x agaknya...nak check google maps jap la
ReplyDeleteHah check cepat SA. Satgi jemputan haha
DeleteEsoknya tu mesti nak pergi Pekan Sari, kan??? Bestnya ikan patin.
ReplyDeletePandai Mak Inche teka :D
Deletenieyl weekend lepas pergi Janda baik, makan ikan patin jugakk
ReplyDeleteOh ye? Janda Baik dekat sikit, boleh la je sana kalau craving lagi :D
DeleteNasib baik semua tempat makan diterjah sedap. Alhamdulillah seronok baca PH sekeluarga berjalan.
ReplyDeleteTekak kami ni semua sedap je NA π
DeleteYa Allah ikan patin sedapnya PH. Berselera makan dengan ulam-ulaman dan sambal belacan.
ReplyDeleteMmg sedap Ena nak² tengah lapar hahaha...
DeleteTapi ikan patin tu mmg sedap, both yg masak tempoyak dan goreng tu.
Rasanya kalau masuk mana-mana kedai makan yang jugal ikan patin tu mesti sedap sebab kat Temerloh π
ReplyDeletePernah masuk kedai yang viral.... makaihhhh... pedas betul... apatah lagi diberi juga sambal belacan. Sambil makan lap peluh.
Sedapnya patin tempoyak. Pernah juga makan di kedai tak viral, semua pun sedap jugak.
ReplyDelete