Saturday, 15 February 2025

Recap ~ Week 6, 2025

Week 6: 5/2-11/2,2025

Jemput boipren balik kerja sebab kereta beliau masuk ward (5-7/2). Hari ni je rajin, esoknya tu bagi kunci Queen suruh drive je sendiri ahak! 

Abang bertungkus-lumus menyiapkan rekod bacaan, AINS. Dulu Nilam, sekarang guna sistem AINS ni. Kena siapkan sebelum Mac, min 42 buah buku. 

Berpagi-pagian lagi di hari Jumaat yang barokah. Jadi driver balik hari ni. 

Bekalan dalam perjalanan ke negeri Pahang Darul Makmur. Sebelum jumpa ikan patin, dok mengunyah yang ni la dalam kereta. Lapaq 😅

Selamat sampai di Gombak. Kenderaan ke Pantai Timur masih banyak. Bersempena cuti Thaipusam barangkali. 

Abang bertembung dengan Tn Pengetua waktu beli buku di koop. Adalah amanat yang TP sampaikan tu ☺️

11/2 cuti Thaipusam . Duduk rumah makan kerepek pisang beli di Pekan Sari Temerloh. Jemput jamu mata Uncle Gedek 😁

Recap Week 5: SINI





18 comments:

  1. Banyaknya buku nak kena baca tu.

    ReplyDelete
  2. Oh..Nilam dah bertukar jadi AINS. Moga Abang berjaya khatam 42 buah buku.

    Tentu sedap dapat makan kerepek pisang fresh. Biasanya kalau beli di pasar sehari tu baru dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya berjaya le :)

      Aah sedap kerepeknya nipis² dan rangup. Sedar tak sedar dah habis sebungkus 😁

      Delete
  3. Nilam dah tukar jadi ANIS tak tahu pulak.. tapi tu lah duk suruh anak membaca hurmmm .. hahaha.. byk aktiviti dia sepanjang minggu yer.. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure semua sekolah dah guna belum Ustaz. SRAI pun belum lagi

      Delete
  4. Bertukar2 ya Nilam ke Anis. Rindu nak ke Pekan Sari Temerloh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti semua sekolah dah guna AINS belum... Kalau SRAI belum lagi kot, takde info dari sekolah

      Delete
  5. wahhh NILAM dah tukar je AINS ye? byk jugak tu min 42 buku.. sehari 1 pun tak ckup sebulan nak 42 buku hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sekolah masih guna Nilam kot. SRAI takde info apa² lagi.
      Rekod bacaan sebelum² ni pun bole masukkan sekali Ana

      Delete
  6. Kenyangnya dapat menjamu mata! Hehehehe

    Banyaknya komik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cukup kan 42 naskhah tu Uncle, korek la segala buku/komik yg ada 😆

      Delete
  7. Wah, bekal cucur dalam kereta. Sedap, tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka kunyah² kalau tak mengantuk, jadi kenalah ada bekal :D

      Delete
  8. Kalau SA rajin biasanya bawak bekal kalau berjalan jauh...hari tu x rajin plak sebab gerak awal pagi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan bawa bekal kalau gi travel ni... PH pun depends pada waktu juga kalau gerak awal takdelah nak bawa bekal.

      Delete
  9. Rekor bacaan, sebelum march minimal 42 buku? Waaah banyaaaak tuuuh. March sebentar lagi kan. Ini buku apa yg dibaca maksudnya kak? Fiksi atau agama, atau memang buku khusus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul banyak kena baca...
      Tak kisah apa² bahan bacaan; novel, majalah, e-books etc
      Kena masukkansinopsis atau pengajaran utk setiap bahan yg dibaca

      Delete