Tuesday, 25 February 2025

Singgah di Salai 'D' Kg Raja, Temerloh

Keluar dari homestay, kami terus menuju ke highway

Tiba² nampak kedai ni, seberang jalan.

 Sanggup u-turn ye sebab nampak ada itik salai 😁

Itik salai kegemaran kami. 
Ummi sejak kahwin dengan Walid baru pandai makan lauk itik. Dulu, Tok Ayah bila kami balik kampung rajin beli itik. Bukan itik salai, tapi asalkan itik family Jitra suka. 

Nampak bersih penyediaannya 👍🏻


Seekor RM50, depa tolong potongkan.
Senang kerja Ummi nak masak nanti.

Selain itik salai, ada juga ikan² sungai (dalam akuarium tu). Hari tu ada ikan patin dan talapia. 

Sampai rumah, tak sabar² nak masak. Maka terhasillah Itik Salai Masak Lemak.  Alhamdulillah puas makan bila masak sendiri ni... 

Ada separuh lagi itik salai ni cadangnya nak buat rendang untuk sahur 1 Ramadhan nanti إن شاء الله 

7 comments:

  1. Tak pernah makan itik salai. Ikan salai atau daging salai memang sedap.

    ReplyDelete
  2. Aroma salai buat masakan rasa lebih lazat.

    Saya pun pandai makan dan masak lauk itik selepas kahwin, sebab masa tu menetap di Kuala Pilah - tempat yang terkenal dengan salai-salai ni.

    ReplyDelete
  3. Terer makan itik semenjak jiran dulu buat itik masak kerutuk. Ya allah sedap sangat. Lepas tu baru reti makan. Idak tak reti makan tapi kalau itik memang tak reti nak masak sebab ada cara jugak supaya daging dia tak berbau hanyir. Itik salai pun pernah makan juga.

    ReplyDelete
  4. Best kan masak itik salai...kat Kuala Pilah masih RM45-48 seekor...rasa macam nak pi beli la...hehehe

    ReplyDelete
  5. Amboiii... specialnya lauk sahur 1 Ramadhan. Mesti lagi semangat anak-anak nak puasa nanti.

    ReplyDelete