Disinilah kami menginap 1 malam di Temerloh tempohari. Pergi satu malam je, tapi ceritanya berminggu² haha...
Ada 3 bilik tidur, 1 bilik air.
Master bedroom ada aircond.
Harga RM180/semalam. Deposit RM50 dikembalikan selepas kita checked out, sekiranya tiada sebarang kerosakan atau pun kita patuhi segala syaratnya. Antara syarat yang diberi pastikan switch off peralatan elektrik sebelum check out dan buang sampah dalam tong yang disediakan di luar pagar.
Lokasinya dalam 10 minit ke Pekan Sehari atau pun ke Kubang Gajah Water Park tu. Keluar hiway, jumpa homestay ni dulu baru jumpa bandar Temerloh. Tapi hari datang tu, dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah kami ikut jalan lama, jadi jumpa bandar dulu.
The boys usung tilam tidur depan ni je, main game dan layan Netflix. Ada WiFi disediakan.
Owner sediakan towel untuk setiap bilik.
Selain tu ada extra tilam dan selimut.
Very thoughtful ππ»
Yang berpintu tu bilik air.
Bersih sangatttt bilik airnya ππ»ππ»ππ»
Dan keseluruhan rumah pun bersih, kemas dan terjaga. Kalau ada yang nak bermalam di Temerloh ni, Ummi rekemen Rumoh Singgoh ni. Owner pun baik dan mudah sangat nak berurusan.
Masa sampai di Temerloh dlm pukul 1 tu, owner mesej bagitau cara nak ambil kunci, password WiFi dsbnya. Ummi tanya dah boleh check in ke sbb ikut jadual pukul 3 ptg. Owner cakap, boleh rumah dah ready. Kan bagus kalau semua hotel/homestay buat gini. Bila rumah/bilik dah ready bagi je guest check in awal (at reasonable time la). Pukul 2 ptg pun dah cantik dah.
Alhamdulillah dlm 2 jam gitu lepas checked out, dapat balik refund duit deposit RM50 tu.
Terima kasih daun keladi, ada rezeki kami mai lagi π
Rumah kemas dan lengkap gini nak bayar mahal pun tak larat. Pernah duduk homestay yg cantik tapi ada bau kepam
ReplyDeleteRezeki jumpa tempat penginapan bagus dan tuan rumah yang baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Nampak cantik homestay dia. Kemas je. Selesa la nak menginap.
ReplyDeletePuas hati dapat nginap homestay rupa gini
ReplyDeleteFoto pun nampak terjaga rapi... kalau cam ni kita pun nak rekomen kat kawan kan?
ReplyDeleteSelimut jenis kain tu susah nak jumpa sekarang ni. Ok juga rumahnya tu PH.
ReplyDeleteTq share pengalaman!
ReplyDeleteiye, patotnya ada lebih kurang lah waktu masuk tu...
ReplyDeletelinda berangan rumah dekat Teluk Intan tu nak buat homestay, moga tercapai lah..aamin
Bagus kalau dapat rumah macam ni...SA nanti nak pi Kuantan lagi ingat nak amik homestay la..
ReplyDeletekemas rumahnya
ReplyDelete