Tuesday, 24 November 2026

Top Up Vitamin Sea di Ganu

*Entry tertangguh*

Terengganu memang terkenal dengan pantai-pantainya yang indah. Jadi, kami juga tak ketinggalan memgunjungi pantai sewaktu di Ganu awal bulan tempohari. Top up vitamin sea kata orang :) 

Pantai Tok Jembal


Abang bawa ke sini sebab dia selalu juga datang bersama AF. 

Pantai ni berteluk sebab ada pulau buatan yang dibina sebagai pemecah ombak. Air nampak dalam tapi ada je yang mandi-manda. 


Hari pertama cuma ambil angin di tepi laut. Ada jual-jual dan kedai makan juga. Kejap je kami di sini sebab dah nak Maghrib dan hujan mula turun, renyai-renyai. 

Hari kedua datang lagi. Adik nak mandi laut. Itu pun main ombak di tepi pantai je. Ombak kuat, tak berani nak bagi masuk dalam air. Pantai ni macam bercerun. Sekali ombak datang, sekali kita rasa pasirnya menurun ke bawah. 
Abang Angah jadi life guards Adik :D 

Air laut makin tinggi, langit pula makin gelap. Jom la beransur... 

Ada rezeki kita piknik di sini lain kali In Sha Allah. 

Pantai Teluk Ketapang 


Pantai favorite kami kalau ke KT.
Ini belah pagi, cuaca cerah dan cantik. Gambar pun elok la cukup cahaya kan... 

Air surut...

Gambar depa berempat 8 tahun lepas di pantai ni. Comel je Adik tu, masih pakai pampers time ni :D 

Pantai Batu Rakit 


Ada bot nelayan.
Damai suasana di sini.
Ada beberapa orang penduduk setempat duduk bersantai di pondok tepi pantai ni. Seronokkan lepak tengok pantai, ombak dan laut. 


Ummi tak sure pantai ni orang mandi ke tidak. Pantai ni mengalami hakisan yang agak teruk.  Kami singgah sebentar je, Abang ajak tengok tempat di selalu lepak iaitu Nyiur Cafe dekat sini. 

Alhamdulillah dapat top up vitamin sea :D 





32 comments:

  1. Terengganu banyak pantai dia terhakis kuat tapi seronok santai kat laut. Dengar bunyi omak angin berdesir halus Di hiasi Lambaian daun kelapa Di sapa angin. Syiok layan blues tepi pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Notie. Katanya hakisan makin teruk day to day.
      Akk macam bersajak pulak ye 😁

      Delete
  2. Wah siapa sangka datang balik selepas 8 tahun! Boleh banding dua-dua gambat.

    ReplyDelete
  3. Pantai sana cantik-cantik. Rasa luas dan puas tengok.

    ReplyDelete
  4. Rindu nak main tepi pantai bila tengok gambar2 yg PH ambik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ... Rasanya once a while kita memang kena tengok laut, pantai... Soul soothing.

      Delete
  5. Banyak sangat pantai kat sana.

    ReplyDelete
  6. Bersih la pantai ni... Tak nampak sampah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam semua ni, Pantai Teluk Ketapang paling bersih 👍🏻

      Delete
  7. Seronok lepak tepi pantai tapi dalam masa sama cuak juga kalau ombak dan angin kuat menhempas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Diah. Elok kita berhati-hati sentiasa.

      Delete
  8. Sukanya ganu kite... rindu nk makan kepok lekor fresh & ori di ganu... nak jamu mata di pasar payang.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ni wajib la buat bila ke Ganu kan Kakmim.

      Delete
  9. Cantik pantainya cuma leh main air kat tepi2 tu je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya cantik pantainya, jernih air pun. Kena hati-hati, dah masuk musim tengkujuh. Ombak besar

      Delete
  10. laut memang mendamaikan kalau tak panas terik. Kalau terik aduhaiiii melekit2 rasa badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pergi waktu pagi dan lewat petang Ammi, cuaca redup.

      Delete
  11. Bestnya ambil angin pantai Ganu. Lama jugak tak jejak Ganu ni.

    ReplyDelete
  12. Nyiur Cafe tu viral..SA nak pi situ hari tu macam 40 min dari bandar..suruh dania tukar tempat lain..hahaha..

    ReplyDelete
  13. Saya pun dah lama tak pergi tepi pantai ni. Harap adalah rezeki lepas ini.

    ReplyDelete
  14. Lama tak ambil angin laut.. Rindu pula bila tengok gambar2 yang PH kongsikan ini..

    ReplyDelete
  15. Tak tahulah hotel saya nanti dekat pantai atau tidak. Karena tujuan ke KT memang semata nak kuliner. Kalau ketemu laut, Alhamdulillah 😅

    ReplyDelete
  16. pantai tok jembal ni mmg port lepak budak2 unizsa laa

    ReplyDelete