Thursday, 19 November 2026

Segmen I Kenapa Saya Ada Blog by Blogger Mulan




Sempena 20th Blogiversary blognya, Sis Mulan adakan Segmen Kenapa Saya Ada Blog. Menarik tugasan yang perlu dibuat ni. Klik pada banner untuk ketahui syarat/tugasan/info berkaitan segmen ni. 

Kenapa Saya Ada Blog?
Niat utama Ummi buat blog adalah sebagai online diary. Ini yang pertamalah. Sebab tu nama blog pun Hari-Hari yang Ku Lalui. Kalau boleh semua benda nak ditulis/dikongsi dalam blog ni :D 

Kadang bila baca balik entry lama, tersenyum sorang-sorang tengok gambar anak⁴ waktu kecik dulu. Inilah kelebihan blog, tempat menyimpan gambar dan merekodkan perkembangan dan aktiviti anak-anak. 

Yang kedua pastinya nak simpan dan kongsi kenangan bersama orang-orang tersayang. Ummi pernah dengar dari seorang tokoh, tujuan dia menulis buku adalah sebagai legasi dia untuk khalayak yang perlukan rujukan bila dia sudah tiada. Ummi pula mengharapkan blog ni menjadi tatapan anak cucu Ummi kelak. Ummi tak berkesempatan mengenali arwah datuk nenek, baik di sebelah Tok atau Tok Wan. Jadi, di blog ni Ummi sering coretkan tentang Tok dan Tok Wan (my parents) supaya anak-anak Ummi kenal datuk nenek mereka. Abang dan adik-adiknya sempat membesar bersama Tok tapi tidak seorang pun antara mereka pernah bersua dengan Tok Wan. 

Ketiga, blog adalah platform untuk Ummi menambah kenalan dan berkongsi info yang tidak seberapa dengan warga maya. Mudah-mudahan jika ada benda baik seperti resepi, perkongsian ilmu, info sedikit sebanyak dikira sebagai amal baik dan beroleh saham di sana nanti. 

Banyak kenangan manis Ummi raih sepanjang berblog. Paling seronok dapat menambah kenalan di alam maya. Kawan-kawan bloggerlah teman berbual Ummi setiap hari. Ada yang pernah bersua muka, ada yang belum pernah bersua tapi mesra macam kenal rapat. Paling seronok semuanya saling menyokong antara satu sama lain. Alhamdulillah setakat ni tak jumpa lagi yang toxic :D 


Antara bloggers yang Ummi pernah jumpa; SA, Sis Lin, Ezna, Carneyz, MZ, Linda, Ako (maaf kalau ada yg terlupa sebut). 
Semuanya otai belaka, kita je newbie ahak 😆 

Last but not least, nak ucap Happy 20th Blog Anniversary (Blogiversary) Sis Mulan! 
20 tahun pastinya macam-macam memori pahit manis yang tersimpan dalam blog kesayangan. Semoga terus istiqomah berblog ❤️

25 comments:

  1. Alhamdulilah, bertemu di alam maya akhirnya membawa pertemuan sebenar... semoga ukhwah berblogging tidak akan putus...🥰🥰

    ReplyDelete
  2. Slmt bersegmen
    Wahhh lamaaanya berblog.
    Betul
    Blog ni mcm dairy catatan cerita apa shj kan
    Mcm kita yg pendiam memang sinilah rasa tmpt
    Nk cerita luah atau apapun

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dah lama kita berblogging kan.. seronok pernah jumpa blogger lain sambil mengopi.

    selamat bersegmen kak

    ReplyDelete
  4. sronok berblogging..dpt share info ..dpt kwn baru

    ReplyDelete
  5. Akak pun nak join lah tengah bertukang lum siap lagi

    ReplyDelete
  6. Selamat bersegmen.. belum sempat lagi join

    ReplyDelete
  7. Ya, itulah tujuan kita kan - nak menyimpan kenangan untuk rujukan akan datang.

    ReplyDelete
  8. Seronok baca kisah blogger2 dr segmen ni =D

    ReplyDelete
  9. terasa nostalgia sungguh bila baca blog kawan2 yg seusia ni. Dulu masa2 menulis blog pd thn 2007 memang ramai yg aktif. Skrg tinggal beberapa org je yg masih aktif...

    ReplyDelete
  10. Dari blogging la kenal ramai kawan2 yg baik mcm PH dan lain2 🥰

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah...seronok dapat tambah kenalan di luar radar kebiasaan kita...

    ReplyDelete
  12. Teruskan berkongsi kerana saya suka membaca perkongsian para blogger

    ReplyDelete
  13. agaknya kalau diary online ni ditulis mahu dah jadi berbuku-buku dah kan?
    hehehe

    all the best tau!

    ReplyDelete
  14. Berguna kan ada blog ni. kadang ada cerita yg kita pun lupa pernah berlaku, tp bila skrol balik entri lama, boleh kenang balik semua kenangan. kadang ada juga gambar yg ingatkan dah hilang tp rupanya ada jadi tatapan kat sini. sbb tu la masih setia nak menulis juga di sini hehe

    ReplyDelete
  15. Dari blog lah saya banyaaaak kenal bloggers Malaysia. Dan jadi sering jumpa tiap ke sana. Itu kenapa tak bisa lepas dari blog..ini dah macam rumah Maya tempat saya mencurahkan semua memang.

    Semoga beruntung terpilih kak PH 🎉🎉

    ReplyDelete
  16. yeke puan hazel ni newbie orangnya, macam tak caye jekk hihi
    saya setuju part buat blog ni utk tengok kenangan lama. kadang2 bila baca entry kita masa dulu2, rasa banyaknya perubahan kan

    ReplyDelete
  17. Tambah kenalan dan dapat info melalui blog.

    ReplyDelete
  18. Betul....Bagi penulis blog suka suka macam kita kebanyakan nak simpan kenangan dan kongsi info yang bermanfaat

    ReplyDelete
  19. sama lah, saya pun tak berapa nak kenal atuk nenek macam mana. masing-masing pula jenis introvert, sembang tak pernah lebih 5 minit.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah....semoga semua terus bersemangat untuk terus berkongsi di blog samada untuk kenangan atau untuk manfaat bersama

    ReplyDelete
  21. saya suka segmen ni sbb bila baca entries blogger yg join, saya dpt tahu dan kenal lebih dekat laa esp reason berblogging! MZ rasa nak join jugak kalau sempat laaa..ni tgh fokus nak abihkan entries cuti2 jakarta bandung tu

    ReplyDelete
  22. bila tarikh tutup segmen kak mulan ni? kita ni tak sudah2 BW tapi belum jumpa lagi blog kak mulan.

    ammi dulu mula blogging since sebelum ada anak. pastu tengok blog org lain cerita pasal anak kita blur nak story pasal apa. hahahha nak masak tak reti, nak bersosial pemalu pulak

    ReplyDelete