Tuesday, 15 September 2026

Pagi Senin

Senin = Isnin 
Kalau orang tua-tua di kampung Ummi, dema (loghat Baling dema, loghat Kedah depa) sebut seney/seneng. 

Masjid Besi Putrajaya 
Menjelang Subuh Walid dah sampai di masjid ni. Solat Subuh kemudian memulakan kerja lapangan di sana. 

Greenwood 
Tugas Ummi la hantar Adik ke sekolah hari ni. Alhamdulillah smooth perjalanan pergi balik. 

Abang ada Speaking Test pagi ni juga. Patutnya Sabtu lepas tapi salah seorang ahli group tak sihat, terpaksa tangguh ke hari ni. Dekat sana ramai tak sihat. Influenza. Ada yang kena kuarantin. Risau betul sebab dah nak final exam awal bulan depan. Sekejap je Abang belajar, dah nak habis Sem 1. Kita yang tengok ni rasa sekejap tapi yang menghadap tu rasa lama kot 🀭


2 comments:

  1. Belah keluarga hubby ada juga di Baling, kalau saudara mara berborak, saya ternganga sekejap. Dah lama sikit baru absorb, suka dengar bahasa yang jarang guna.

    ReplyDelete
  2. Selalu jugak eja senin tu untuk Isnin 😁

    ReplyDelete