Salah satu sebab Ummi kemas bilik girls yang bersepah tu, Ummi nak ambil kotak-kotak buku Ummi yang tersorok tepi katil depa. Alang-alang kena alih katil, bersihkan sekali bilik depa
Serampang 2 mata gitu.
Buku ni paling atas Ummi jumpa bila buka salah satu kotak tersebut. So I picked this book and read. Selepas 3 hari, alhamdulillah selesai juga baca buku ni. Buku ni Ummi beli di Bad Big Wolf, tak ingat tahun berapa dah tapi masa kerja dulu, which means more than 10 years dah beli. Pernah baca separuh but this time Ummi berjaya habiskan buku ni. BBW jual buku murah-murah, tapi boleh dapat buku yang berkualiti juga. Ummi yang grabbed je mana yang rasa menarik untuk dibaca.
Rasanya masa beli dulu, ada dust jacket / dust cover tapi dah hilang. Ada juga muka surat yang dan berconteng dan koyak dalamnya. Mesti kerja anak² ni cuma tak boleh recall siapa punya kerja haha...
Dah hujung September baru berjaya habis baca satu buku. Teruk betul Ummi ni. Sejak pakai spek (reading glass) beberapa tahun lepas, minat membaca merudum teruk. Asalnya tak biasa pakai spek, rasa rimas. Untuk elakkan rasa rimas tu, elakkan membaca. Lama kelamaan, jadi malas nak membaca. Ada baca beberapa buku tapi tak habis 😅
Makanya bila semangat nak membaca mula bertunas semula, kenalah jaga dan siram elok-elok :D
Chaiyok 💪🏻
Apa buku pertama yang kawan-kawan Ummi baca tahun ni?
Novel SA menimbun kat bilik...satu pun x baca lagi...ikutkan koleksi dah ada 1000 buah...
ReplyDeleteBetul la sis. Saya pulak sejak mata susah nak tengok tulisan kecik jadi hilang mood pulak nak membaca huhu. Malas nak buat cermin mata bifocal 🤭
ReplyDeleteBuku pertama tahun ni ialah hadiah dari kawan saya - tajuk buku 'Muhammad' iaitu biografi Nabi Muhammad SAW, ditulis oleh Martin Lings. Belum habis lagi sbb bukunya tebal macam kamus 😅
Samalah saya pun dah tak berapa nak ada mood nak membaca.
ReplyDeleteAkak kalau baca buku masih boleh tanpa spec walaupun spec akk multifocal. Kat rumah jarang berspec sebab rimas. Sesekali je bila tak puas tengok TV.
ReplyDeleteUih! Ada lukisan abstrak!
ReplyDeleteDekat Selayang memang selalu la baca buku, pinjam novel dekat library.. balik Tronoh ni, tak sempat lagi.. teringin nak pergi perpustakaan awam, tapi tak sempat lagi
ReplyDelete