Saturday, 26 September 2026

Kemas Bilik Girls

Khamis. 

Tiba-tiba rasa nak kemas bilik Adik Kakak. Parenting coach pesan kalau anak buat sepah biar mereka kemas. Kita as parents jangan kemas supaya diorang belajar bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri. Memang begitulah selalunya Ummi ajar depa, dari kecik lagi. Ada perkara yang depa ikut tapi ada juga yang tak buat. Contohnya kemas bilik. Kita mak-mak ni pantanglah bilik bersepah kan... Ayat Ummi yang depa takut "jangan sampai Ummi yang kemas".
Sebab satgi semua barang Ummi buang 🀭

Hari ni pula mood rajin Ummi mai, jadi bilik Adik Kakaklah sasaran Ummi mengemas hari ni. Di luar hujan dari Subuh lagi. Nak keluar belek tanaman tak boleh, jadi ambil peluang kemas bilik depa. 

Otak pun tengah serabut sebenarnya, angin meroyan kata Blogger Tot :)
Jadi nak alih perhatian tu baik mengemas. Kita lepas geram dengan cuci sawang di siling, alih perabot/katil, angkat kotak, sorting barang dsbnya.... 

Katil Adik penuh dengan bantal/kusyen. 
Buka semua cadar, sarung bantal dan selimut, basuh. 

Kalau mood rajin tu mai, tengah sakit pinggang pun boleh angkat ye kotak-kotak buku ni 🫣

Antara khazanah yang Ummi jumpa atas katil Adik. Banyak juga komik Lawak Kampus yang Adik dan Angah ada. Tak silap kawan Angah yang bagi. 

Ummi ubah posisi katil juga. Ada banyaklah ruang bila ubah tu. Kotak-kotak buku pindah sementara ke bilik Angah. Tunggu Abang balik cuti nanti nak kemas bilik tu pulak sebab ada few barang besar macam luggage bag nak diangkat dan mungkin pindahkan ke belakang. Tengok macamana nanti. 

Malam tu Adik ajak lepak bilik dia. Siap buat dan ajak Ummi makan ramen. Selalu minta Kakak buatkan, now dia dah pandai buat sendiri. Siap letak cheese slice dan microwave-kan sekejap bagi cheese cair. 

Layan je la kan... 









2 comments:

  1. Wow bila angin meroyan ummi udah datang habis kena kemas semua.

    ReplyDelete
  2. Kahkah... ayat tu jangan dibuat main🀣🀣

    ReplyDelete