Monday, 21 September 2026

Nasi Lemak (Tepi) 7E

Nasi lemak nan satu ni dah lama bertapak di Sri Gombak. Kami panggil Nasi Lemak 7E sebab lokasinya berhampiran 7E. Bukan nasi lemak 7E jual ye. Tak pastilah 7E ada jual nasi lemak ke tidak. Itu kena tanya ratu 7E, Cie 😁

Jualan nasi lemak ni diusahakan oleh sepasang suami isteri.  Depa buka meja berniaga depan kedai basikal Power Rider. Ada sorang lagi peniaga wanita yang berniaga betul² depan 7E tu. Nasi lemak yang Ummi  maksudkan ni yang depan kedai basikal. Suami isteri ni orang Melayu kita tapi pelanggannya berbilang bangsa, terutamanya orang Cina. Selalulah kalau Ummi singgah beli tu mesti terserempak dengan aunty² dan uncle² Cina ni. 

Nasi lemak bungkus surat khabar. 

Ummi beli nasi lemak telur mata. 
Nasi lemaknya ada telur rebus, timun dan kacang goreng. 

Tambah lauk sambal ikan bilis. 
Sambal nasi lemak dia pedas, walaupun bagi Ummi yang tahan makan pedas. Tapi pedas yang sedap, yang kita nak tambah dan tambah lagi. Cuma, untuk lebih selesa makan biasanya minta asingkan sambal tumis tu. Ada juga pelanggan yang minta sambal tumis tu diletak atas bucu plastik pelapik, kemudian dilipat sikit bahagian tu jadi sambal tumis tu tak bercampur dengan nasi lemak. Ialah ada yang nak bawa ke tempat kerja, nak buat bekal anak ke sekolah dsbnya. 

"Sambal lipat ye
Gitulah Ummi dengar diorang sebut :)

Selain nasi lemak ada pelbagai kuih muih yang sedap-sedap di gerai ni. Kuih ketayap tu pilihan utama Ummi kalau ke sini. Selain nasi lemak dan kuih muih, ada juga bihun goreng, mee goreng dan kue tiau goreng. Lauk nasi lemak pula pelbagai; ranging from ayam goreng, rendang ayam, sambal sotong, sambal kerang, paru dll. 




42 comments:

  1. Saya baru sahaja sarapan nasi lemak. Saya memang suka sambal pedas. Menarik ada istilah sambal lipat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun suka sambal pedas tapi tak suka kalau terlalu pedas. Hilang nikmat makan nasi lemak hehe

      Delete
  2. Dah beberapa hari tak makan nasi lemak. Biasanya makannya pada waktu sarapan pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH pun prefer nasi lemak as sarapan. Lunch tak makan pun takpe dah kalau pagi dah pekena nasi lemak

      Delete
  3. Dah lama x tgk nasi lemak balut dgn surat khabar =D

    ReplyDelete
  4. nampak sedap amat. jap... tadi g blog kakSA pun siklemak.
    kita penah beli siklemak dpn 7E (my place) sambal pedas gils rasa bergegar gegendang telinga, terus insof... patutla tak ramai dtg gerai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikmak Kak SA lagi sedap tu, homemade penuh kasih saysngagi dia letak ahak 😁

      Kalau terlampau pedas mmg turn off la kan. Dulu ada sorang Acik nasi lemak dekat tempat PH ni, sambal pedas gila. Tapi, lepas tu dia dah kurangkan pedas, wpun sambalnya merah menyala hehe...

      Delete
  5. dah jarang nampak org bungkus nasi lemak guna surat khabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mun. Banyak guna kertas lilin tu kan.

      Delete
  6. waahh nampak sedap tuu..ada cod ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak pasti pulak tapi kalau nak booking dan datang ambil tu ramai juga orang buat. Sebab selalu yg husband tu memang kerjanya siapkan order org tempah. Yg walk in ni wife nya buat.

      Btw, tq singgah sini.

      Delete
  7. Oooo nasi lemak situ x pernah try... yg dkt gombak tu pernah try x? Blkg ong tai kim tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia buka weekdays je Ako, jangan terjah on weekend 😅

      Tak pernah sarapan belakang OTK tu. Kalau roti canai lorong Maybank tu pernah

      Delete
  8. tak tahu kenapa, klu tgk nasi lemak ..mmg menyelerakan...
    x kisah la nasi lemak mana pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Nieyl. Akk kalau sarapan nampak nasi lemak, itu yg tuju dulu. Tak pernah jemu lagi la makan nasi lemak :)

      Delete
  9. Tadi pun makan nasi lemak tapi selebihnya suami yang habiskan. Tak ada selera pula tapi sedap lauknya sotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy jarang la makan nasi lemak tak habis. All time favorite la katakan :)

      Tak sihat ke Ezna? Takde selera makan tu...

      Delete
  10. Byk jugak portion nasi lemak dia ye. Suka telur mata yg separuh masak telur kuningnya macam ni. Saya kureng sikit sambal yg pedas sangat tapi klu sedap mungkin makan sikit2 la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, portion agak besar dan puas la makan. Sbb sesetengah peniaga tu letak nasi ngam² je kan. Kadang tak puas makan esp bila nasi lemaknya sedap.

      Geng, telur kuning cair tu favorite gak 😁

      Delete
  11. Nasi lemak macam ni la SA suka..banyak2 lauk dan boleh buat pilihan ikut selera..semalam dah masak nasi lemak..cukup puas hati makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak leh lawan la dgn nasi lemak homemade macam SA makan tu hehe

      Delete
  12. Ingatkan nasi lemak 7E tadi. Rupanya jual berhampiran 7E. Rasa macam dah lama tak nampak orang jual bungkus nasi lemak macam ni. Kira bungkus nasi lemak legend lah juga ni kan.
    Kalau kaum lain beli tu confirmlah nasi lemak tu sedap. Kita pun berkali-kali beli gitu. Sambal pedas-pedas tu yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye fiza, tepi 7E tapi kami panggil nasi lemak 7e :D
      Ye, sedap nasi lemaknya. Husband Akk kalau cuti selalu beli sbb peniaga ni jual on weekdays je.

      Delete
  13. jrg org jual nasi lemak lapik plastik ni skarang...kita suka...ada 1 gerai makcik kecik kt sri gombak dkt ngan kawasan giant tu guna plastik gini juga..sambal ltk tepi..lama tk mkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg mana ye? PH tak perasan pulak. Yang atas lori depan BHP tu pakai kertas lilin rasanya.
      Jarang jumpa kan orang guna plastik + surat khabar skrg ni.

      Delete
  14. Pernah tenguk bagaimana nak bungkus nasi lemak tapi sambal ya jadi asing

    ReplyDelete
  15. Omg, rindunya dengan nasi lemak 😍😍😍😍. Apalagi kalau sambal pedas kak. Memang bertambah lah 😄.

    Tak sabaaaar saya menunggu Desember . Saya akan lamaa di Malaysia, lebih dari setengah bulan, jadi mau puas2kan setiap hari cari menu sarapan , trutama nasi lemak 😄❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sana ada nasi uduk kan Fanny, yang katanya hampir² sama dgn nasi lemak ya?

      Hati², nanti bertambah kilo di badan ahak!

      Delete
  16. Kalau berbilang bangsa membeli, confirm sedap. Sambal yang diasing boleh makan nasi lemak lewat, sebab tak bercampur. Lauk pun ada pelbagai, lagilah plus point di situ. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nur. Bukan senang kaum lain terutamanya orang Cina nak beli kalau makanan tu kurang sedap. Sebab diorg ada standard sendiri kan bab makan.

      Delete
  17. oo sambal lipat ye. bagus la sambal tak tercampur dgn nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Yan. Tak cepat basi juga bila lambat makan pun.

      Delete
  18. waduhhhh terliur tengok sambal tuuuu
    jarang dah sy jumpa sambal ada sekali dgn ikan bilis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, susah nak jumpa sekarang ni. Btw, mai la SG :D

      Delete
  19. Nasi lemak yang RTE tu ada kot bukan brand 7E 😄. Duta tak dimaklumkan ada ke tak 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Tq Cie bagi pencerahan 😆
      Akk tak pernah beli sarapan dekat 7e, itu yg tak tahu hehe

      Delete
  20. Kena sambal pedas dan sedap...baru ngam

    ReplyDelete
  21. oo namanya sambal lipat tepi.. idak ler tau.. haritu baru nampak kat YT cara bungkus untuk asingkan sayur dan nasi.

    ReplyDelete
  22. Saya pun tak suka nasi lemak yang dah bercampur dengan sambal dalam jangkamasa yang lama. ada istilah lipat ye.. biasa sebut sambal asing je

    ReplyDelete
  23. 7-e sri gombak ker? yg sama row dgn restoran kari kepala ikan tu?

    ReplyDelete