Jumaat lepas sekolah Adik buat majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan.
Ada juga pertandingan pakaian tercantik bertemakan Merdeka tapi Adik tak nak masuk. Ummi tengok gambar pemenang² pakaian tercantik ni memang all out semuanya. Kreatif dan cantik belaka. Tahniah semua!
Kebanyakannya memang pakai pakaian kebangsaan. Bagus anak² ni. Semoga sikit sebanyak bila diadakan majlis begini dapatlah menjentik rasa kecintaan kepada mereka, generasi pewaris negara 🇲🇾.
Group dia kena pakai baju kuning katanya. Sempatlah keluar ke bandar cari baju. Jumpa jersey Harimau Malaya RM30 kot, okaylah tu. Dapat saguhati rasanya untuk Pertandingan Perbarisan Merdeka ni. Satu lagi acara Sayembara Puisi. Abang jadi penonton je.
Cantik baju Adik.
ReplyDeleteAdalah semua warna bendera tu NA :)
Deletesuka tgk bdk2 bergaya dgn pakaian MERDEKA... Cantik2
ReplyDeleteBetul. Kreatif dan bergaya belaka
Deletemeriahnya.. bertuah budak-budak zaman sekarang ..teringat dulu-dulu kami kibar bendera pakai uniform sekolah je hihi
ReplyDeleteKan... Kami sambut dalam dewan sekolah je rasanya. Pernah la masuk pertandingan menyanyi :D
DeleteMeriah baju2 dorg pelbagai fesyen.
ReplyDeleteBetul, macam-macam fesyen yg digayakan.
Deletekenapa adik tak nak msk?
ReplyDeletekee takut overshadow yg lainnnn hehehehe
Haha... Yg nak masuk tu mmg all out Anies. Beropol², bertopi, ber-cape bagai. Pakaian adik ni kira biasa je.
Deletewahh cantiknya baju adik!
ReplyDeleteDia pilih sendiri, Umminya tolong siapkan je. Asal ada warna-warna Jalur Gemilang tu okay la tu :)
DeleteRasanya semua sekolah buat majlis ni.
ReplyDeleteBagus untuk menanamkan semangat kewargenegaraan.
Dah habis sambutan bulan kemerdekaan kita sambut pesta cahaya pulak sambil makan maruku.
ReplyDeleteMenarik pengisian sambutan Hari Kemerdekaan yg dibuat. Kita kena sentiasa igt sejarah kemerdekaan supaya tak lupa pengorbanan nenek moyang kita memperjuangkan pembebasan tanahair dari penjajah.
ReplyDeleteComel nya adik. Seronok sekarang banyak acara untuk sambutan bulan Kemerdekaan ni
ReplyDeletesekarang memang meriah..semua all out kan..termasuk adik bongsu SA..memang all out sanggup melabur tapi sygnya, anak dia x tersenarai menang pun..sabar je la..
ReplyDeleteKreatif betul mereka yang all out buat pakaian anak-anak tu kan. Takpe adik, yang penting kita semangat sambut Merdeka. Baju adik pun ikut tema merah membara semangat merdeka tu.
ReplyDeleteIni kalau ada lomba kostum begini di sekolah anak saya, memang saya paling malas utk kreatif lah 🤣🤣🤣. Ibu2 murid yg lain biasanya semangat.
ReplyDeleteNasib baik babysitter anak2 saya kadang semangat utk cari kostum juga kalau anak2 ada acara begini
Salute pada mak-mak yang sediakan pakaian kreatif untuk anak-anak.
ReplyDeleteAkak masa anak-anak sekolah rendah tak prepare pun.. biasa anak-anak memilih untuk pakai baju sukan kalau ada pilihan.