Monday, 28 September 2026

Al Fatihah | Tun Dr Siti Hasmah & Kak Jee

Terkejut dan turut berduka atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pagi tadi. 

Walaupun tak pernah bersua muka dengan figura hebat ini tapi tokoh nan satu ini sentiasa menjadi sanjungan dan kesayangan ramai. Karakter yang mesra, lemah lembut tutur katanya sentiasa melekat di hati. Paling Ummi suka gaya sederhana yang Tun tampilkan. Walaupun isteri kenamaan, beliau tidak berlebihan dalam bergaya. Paling tidak dilupa, kalung mutiara sentiasa menghiasi leher beliau. Lambang keanggunan dan karisma seorang wanita yang disegani. 

Credit source.

Banyak pencapaian peribadi dan sumbangan Almarhumah khususnya dalam bidang perubatan, selain menjadi pendamping setia buat Tun Mahathir. 70 tahun usia perkahwinan Tun berdua, Masha Allah. Banyak yang boleh belajar dari pasangan sejoli ini. 


Takziah buat Tun Mahathir dan seluruh keluarga. 

Selain berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah, awal pagi tadi juga Ummi baru tahu melalui siaran akhbar, Kak Jee atau Fauziah Samad telah kembali ke rahmatullah petang semalam (Ahad). 

Apa yang membuatkan Ummi rasa dekat dengan Almarhumah ialah kerana Ummi salah seorang pembaca blog Kak Jee, Dari Dapur Kak Jee . Sekali sekala Ummi tinggalkan juga komen. Seronok baca coretan bekas wartawan ni. Suka baca coretan Kak Jee zaman beliau jadi artis, jadi reporter dulu. Selain tu Kak Jee juga rajin kongsi resepi, jadi selalulah Ummi bertandang ke blog Kak Jee. Cuma kebelakangan ni Kak Jee kurang menulis, mungkin ada kekangan tertentu. 

Didoakan agar arwah keduanya; Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah dan Kak Jee ditempatkan bersama para solihin dan dicucuri rahmat Allah SWT 🤲🏻 
Semoga diberi kekuatan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga hendaknya aamin. 



5 comments:

  1. أَللّٰهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
    Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, maafkanlah dia, dan jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga."

    ReplyDelete
  2. Al fatihah buat kedua mereka. Terkejut juga baca kat blog suean lepas tu pi blog sis Pi sebab aruah kak jee adik ipar dia. Akak pun suka baca blog dia sebab banyak citer Dan pengalaman dia sebagai artist sebagai wartawan. Tang resepi pun banyak. Semuga ianya menjadi pahala berpanjangan pada aruah kak jee kerana share resepi yang sedap2

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. video time kebumi td sedih sgt tgk airmata Tun M 😭😭 oh bekas wartawan tu ada blog juga...Al-fatihah utk mereka berdua

    ReplyDelete
  5. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    Salam takziah yang amat mendalam diucapkan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, 28 September 2026.

    Sesungguhnya jasa bakti, kelembutan peribadi, dan sifat keibuan Allahyarhamah sebagai bekas isteri Perdana Menteri amat besar nilainya buat seluruh masyarakat dan negara Malaysia.

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
    "Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, dan maafkanlah dia."
    Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Didoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian kehilangan ini.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete