Thursday, 30 January 2025

Nasi Kerabu Lemak Bakar


Selesai bakar lemak di Taman Tasik Danau Kota kita makan lemak bakar pula! Bila nak kuyus kalau lagu ni kan 🫣

Gara² teracun dengan Mama Tisya la ni, nampak lemak bakar di MaiiShellOud terus sambar. Lama dah tak makan lemak ni. Terubat jugalah keinginan tu. 

Sedap, pencicah dia pun sedap. 
Cuma kena beringat jugalah, makan berpada² dan sekali sekala boleh la. Umur pun tak berapa nak muda dah :p 

Sebenarnya dari TTDK tu kami ke Padang Balang dulu. Hasratnya nak jamu selera di Kedai Kak La yang femes tu. 

Sampai², kedai tutup 😭
Dah la pertama kali ke sini, sedih la jugak bila jadi gini. Nak sampai ke sini pun jalannya penuh liku haha... Jalan kampung, sempitlah kan. Bila berselisih kereta, kenalah mengalah salah satu. Kedai Kak La ni tutup dari 22/1 - 7/2 . Ada tulis dekat kertas πŸ‘†πŸ»

Sebelum balik rumah, singgah di kubur. Ziarah kubur Tok dan kubur Abe. Kubur Uncle Kasim tak ingat pulak nombor nisannya. Al Fatihah utk semua yang telah kembali ke negeri abadi. 



5 comments:

  1. Tu diaaa.. Raya sakan Kak La. Sedapnya lemak bakar, tak rasa bersalah sangat tu sebab baru bakar lemak kan, kenalah ganti semula, hihi.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan lemak bakar...oh terbalik ajer bakar lemak kemudian makan lemak bakar takpe PH lepas tu bakar lemak balik....

    ReplyDelete
  3. Haritu baru nampak kat YT, lemak goreng buat macam daging goreng ada tambah kunyit, cili padi, bawang dan kacang panjang.
    Ini lemak bakar pula. Tak pernah jumpa lagi.

    ReplyDelete
  4. Lama kak la cuti... Lalu juga jumaat lepas masa nak ambil uniform sekolah abang ngah.. Awal kak la kelik kelate..

    Terbayang2 lemak tu mencair dlm mulut.. 🀀

    ReplyDelete
  5. Tolak tambah lemak sama sahaja.
    Itulah kecewa pergi dengan cabaran kedai tutup.

    ReplyDelete