Tuesday, 14 January 2025

14012025 ~ 4 Berita Kematian 1 Hari

Awal pagi, terima berita suami kepada USS, guru yang mengajar anak⁴ BA di SRAI telah dijemput kembali oleh Pencipta-Nya. Dengarnya meninggal dalam tidur. Mudah sungguh arwah suami Ustzh pergi. Muda lagi, mid 30. Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan para solihin aamin 🀲🏻 

Walid juga bagitau Cik, dua pupunya di kampung juga meninggal awal pagi, kira² jam 2. Arwah baru jalani procedure potong kaki akibat kencing manis bbrp hari lepas. 

Menjelang Isyak, dengar pula khabar Prof Kamil dijemput kembali oleh Pencipta-Nya. Almarhum Prof dijangkiti kanser dan kalau tak salah admitted sejak bulan lepas. Semoga Prof beroleh jannatul Firdaus dan dapat masuk syurga tanpa hisab seperti yang selalu didoakan 🀲🏻

Sebelum tidur, terpandang pula status WA sepupu Ummi. Abang iparnya iaitu suami kakaknya, Kak Chah juga meninggal 2 hari lepas. Ummi baru dapat berita wpun katanya dah dimaklumkan dlm group keluarga besar. Bila terlalu banyak info kadang terlepas pandang, esp yang guna voice message. Group tu pula segala macam berita/info dikongsikan wpun tak berkaitan keluarga. 

Didoakan agar mereka semuanya ditempatkan di kalangan para solihin dan Allah Maha Besar mengampunkan segala salah silap dan dosa mereka. 

Al Fatihah. 


8 comments:

  1. setiap hari ada saja berita kematian orang disekeliling kita kan...saya juga baru kehilangan kawan 2 hari lepas,cuma demam&batuk jadi asbab kematiannya,rasa sayu&sebak...moga kita semua mendapat husnul khatimah

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirajiun.
    Saya pernah baca buku Travelog Haji itu.

    ReplyDelete
  3. Semalam Pakcik sedara SA meninggal, PZ aje yang dapat pi ziarah sampai ke kubur sebab abang sepupu dia yang meninggal...sekarang ni hari- hari ada aje berita kematian kan...Innalillahhiwainnailaihirojiun buat semua arwah yang lebih dahulu pergi dari kita. Al- Fatihah

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn. Semoga kita dapat mengambil iktibar setiap kali menerima berita kematian. Sesungguhnya ya yg paling dekat itu ialah ajal, Allahuakbar!

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn
    Al fatihah untuk arwah..
    semoga dipermudahkan segala urusan mereka..Amin

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Nampak orang baik2 ni PH. Moga almarhum ditempatkan di taman2 syurga.

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainna ilaihirojiun.. saya memang beli buku prof kamil (few books)..sedey sgt bila dpt berita psl pemergian arwah semlm

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainailahirojiun....boleh dikatakan setiap hari dapat berita kematian orang yang dikenali.

    ReplyDelete