Tuesday, 28 January 2025

KLMJ #1

Projek kemas² diteruskan...

Kali ni kemas bilik gegirls pulakJumpa pulak pelbagai khazanah yang disimpan bertahun². Marilah kita mengimbau kenangan ye... 

Buku Yuran PASTI Angah. 

Masa bersalinkan Kakak lama sikit dalam wad, kuning dia tinggi. 

Barang² kraftangan Ummi. Dulu suka buat bunga telur dan hantaran. Kalau ada kawan² rapat/saudara terdekat kahwin, Ummi suka hadiahkan bunga telur. Hantaran tak pandai sangat tapi pernah buat untuk majlis tunang dan nikah Pakcik. Majlis sendiri of course la kan :) 

Cenderahati majlis kahwin Ummi Walid ❤️

Bil letrik tahun 2012 . 
Best kan bil bawah RM100 je masa ni. Sekarang jangan harap le... 

Abang pernah masuk football academy dulu. Lepas PKP, akademi ni pun dah ditutup. 

Kad Yuran Makan SRAI milik Abang. 

Abang ditawar masuk kelas Aulad Huffaz di sekolah. 

Cg Murni antara guru hafazan Abang yang terawal, selain Cg Sue & Cg Lin di PASTI. PASTI pun ada silibus hafazan 👍🏻 Sebagai persediaan Abang utk ke SMKA TMUA, Abang berguru dgn Ust Anep. Ustaz datang rumah, habis kelas depa pakat main game haha.... Ustaz pun muda lagi time tu 😁

Resit PASTI Kakak. 
Tahun ni yuran dah naik RM130. 

Plan Lantai Maktab 86, sewaktu wukuf di Arafah. Sebagai Sahabat TH, kami dapat plan ni untuk rujukan dlm membantu jemaah semaktab. Di Arafah ni Ummi okay sebab kawasan tak lah besar sangat, tapi di Mina pening juga nak baca plan ni. Paling cekap Hjh Amalina. Jika ada jemaah tersesat, HA lah tukang hantar balik ke khemah. 

Ni khazanah Walid.
Banyak training materials dlm tu, Ummi pun tak tau nak guna ke tak lagi tu. Biar tuannya la kemaskan cuti CNY ni. 

Banyak lagilah projek kemas² Ummi nak buat. Rasa seronok declutter ni, rasa lapang je minda dan jiwa :D 








16 comments:

  1. part mengimbau kenangan tu memang best laa...anyway selamat beristirehat sempena cny ari ni :) MZ ni tgh pulun update slides sbb mlm ni ada online class (masters class)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Itu yg ambil masa lama tu, sambil kemas sambil dok mengimbau kenangan :D

      Delete
  2. Seronok nak declutter nie.. Tapi, tak seronok main habuk.. Kalah sikit dengan habuk nie..

    ReplyDelete
  3. Aaa.. kita pun declutter jugak sikit² dari tahun ke tahun tak habis², hihi. Banyak kenangan Umi Walid tu, simpan terus ke atau tutup mata, buang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yg dah lama sangat tu kita let go je SK. Yg rasa sayang lagi, simpan lagi :D

      Delete
  4. Memang sesekali kena tengok apa yang patut ni. Kadang perlu buang je sebab dah tak guna lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, cuma kadang tu sayang nak buang. Adoi la 😇

      Delete
  5. Owh... tangan seni jugak ni rupanya... pandai buat 'keras'tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la Uncle, org kidal ni katanya kreatif :p

      Delete
  6. wowww... berseninya PH buat bunga telur.
    Lapang dah tu nanti bila dah declutter.

    ReplyDelete
  7. Banyak ya kaaak 😅😅😅.

    Tapi memang declutter itu buat puas hati sangaaat. Apalagi kalo banyak barang yg bisa kita kurangkan. Saya sendiri tipe tak suka menyimpan. Kalo tak guna, pasti saya buang.

    Tp suami tipe suka menyimpan. Kdg saya tanya utk dipakai kapan, dia jawab belum tahun

    Kalo dah begitu, diam2 saya buang, Krn dipastikan itu barang memang tak terpakai. Dia saja yg nak simpan , Krn alasan memory 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gitu, Akk sama dgn husband Fanny, suka simpan² hehe... 2-3x declutter pun belum tentu dibuang barang² yg udah lama 😅

      Delete
  8. SA x sempat buat habis, sikit2 je..asal nak buang nak kemas PZ marah..sudahnya biarlah malas nak sentuh...buat utk bilik sendiri je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH pun buat sikit² juga, bukan sekali harung. Barang² EH minta dia sorting sendiri, takut terbuang dokumen² penting.

      Delete