Wednesday, 8 January 2025

08012025 ~ Hujan Lebat

Hari ni cuaca sebelah pagi hingga Asar tu panas sangat. Masuk kereta nak pergi ambik Kakak pukul 3 lebih tu dia punya berbahang memang tak boleh bincang huhu... 

Masa ni cuaca terang benderang lagi...
Balik ke SG; singgah isi minyak, minum² dulu sampai pukul 5.15 gitu hujan mula turun. Sampai rumah kena berpayunglah nak keluar kereta. Lebat betul! 

Ini semalam. 
Dekat sekolah hujan lebat, balik ke SG tak hujan pun. Begitulah, semuanya atas kehendak Yang Esa. 









Tuesday, 7 January 2025

Nasi Kandar Tepi Laut, Butterworth


Jom Ummi nak share tempat makan sedap, murah dan ada view yang sangatttt cantik ni, yang kami terjah masa cuti sekolah bulan 12 baru ni. 

Dari Gopeng, kami meneruskan perjalanan ke Utara. 

Dalam perjalanan Walid suggest singgah lunch di sebuah kedai di Butterworth. Orang tua² di kampung Ummi panggil Bagan :D 

Walid 'nampak' Pekin Ibrahim makan di kedai ni... Nampak dalam YouTube channel ye, bukan nampak depan mata :D 

Waze bawa lalu jambatan...
Terkejut sbb ala² jambatan Pulau Pinang. Bagan sebelah darat (tanah besar) bukan pulau, awat nak kena naik jambatan pulak 😅 Punyalah lama tak mai area ni, hilang ingatan teruih 😂 

Ini rupanya Jalan Lingkaran Luar Butterworth. 
Teringat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) kat KL ni :D 

Sampai dah...
Nampak biasa² saja tapi jangan underestimate humble warung macam ni. Sometimes they serve the best and most delicious food tau! 

Bersih!
Terbaiklah Mamu 👍🏻

Senarai harga 👆🏻

Mula tu Ummi nak try hat ni. 
Tapi tak jadi, sebab 👇🏻

Ummi nampak Kari Ikan Bawal, siap ada teloq lagi!
Dia potong ikan tu sekali dgn teloq, bukan jual asing²... Walah! 

Dah amik nasi tu, jom pi cari meja. Kami pilih duduk tepi benteng jadi boleh nampak laut dan ditemani bunyi ombak. Angin pun berpupuk lembut, memang layan sungguhlah orang kata... 

Dah la makanan enak, view pun lawa ya amat. 
Bukan setakat kenyang perut, mata, hati minda semua ikut kenyang. 

Ni bukan pantai mandi tapi pantai nelayan kot. Ada yang memancing tu... Ada bot² kecil juga ditambat di benteng ni...

Seindah lukisan ❤️

Kalau nak order goreng² dan western food pun boleh, satu tempat dgn nasi kandar ni. Depa pakat menega la kot, share² bayaq sewa sebab kawasan ni lawa. 

Angah ambil lauk Ayam Bawang. 
Satu tu je lauk dia, sejenis tak pandai makan banyak lauk. Sayur memang a big no la for him.  

Adik pula pilih Kari Ayam dan Papadom. 

Abang sakanlah dia; Ayam Goreng, Telur Sotong dan Papadom. 

Walid pilih Ayam Bawang, Papadom dan lauk daging/kambing tu... 

Kakak; Ayam Bawang juga, Telur Dadar & Papadom. Papadom tu sebenarnya ada orang belanja. Depa kata Pakcik tu ambik (siap pek), bayarkan dan bagi depa. Ummi tak perasan sebab tunggu meja. 

Semuanya dalam RM60 shj. Air rasanya RM10 je termasuk 2 gelas fresh oren. Alhamdulillah kenyang sangat. Paling penting puashati dengan keenakannya, layanan mesra dan suasana kat sini. Ada rezeki memang nak repeat

Untung orang hat dok sini, kedai ni depan block kediaman depa ja :D 

Nasi Kandar Tepi Laut 
369, Jalan Pantai Bersih, 
Taman Pantai Bersih, 
13000 Butterworth, 
Pulau Pinang
Waktu Operasi: 12pm - 10 mlm setiap hari. 

















Recap ~ Week 1, 2025

1st Jan ended with a beautiful sunset ❤️

2nd Jan boss ICU turun melawat tapak projek berhampiran rumah. Semoga isi berbangkit dapat diselesaikan dgn berhikmah 🤲🏻

Solat Jumaat pertama tahun 2025. 
Penampakan tokoh kesayangan ramai, Tun M bersama anakanda² di Masjid Negara. Teropong juga Walid tapi beliau dalam dewan solat utama. 

Perkampungan UPKK. 
Sekolah sediakan 1 set stationery berserta 2 batang pensel khat utk setiap pelajar utk menghadapi UPKK 🌹

Siri 1 berkelah di asrama :) 
Anak soleh #2 tu skipped breakfast dan lunch, nak tunggu Ummi datang bawa makanan. Layannnn ...

Anak solehah tertinggal jam, nervous sangat kot 🤭 

Hari ke-7 Jan baru dapat table calender 2025. Tqsm Paksu SA.

Semoga yang baik² saja utk hari² seterusnya 🤲🏻 



07012025 ~ Petik Buah Betik

Pokok betik ni tumbuh hasil campak² biji je. Biasanya biji² cili ke betik ke Ummi masukkan dalam air basuhan beras dan buat siram pokok². 

Hari tu pokok ni elok dah berbunga, tapi ditimpa dahan pokok besar yang dipotong tahun lepas. Sedih dah Ummi time tu. Tapi alhamdulillah panjang umurnya. Kembali berpucuk dan berbuah. 

Buah pertama dimakan burung. Tak sedar pun dah masak sebab buahnya kecik. Ingatkan nak besar lagi rupanya betik jenis kecik. 

Buah kedua Ummi dah petik minggu lepas. 

Kecik tapi manis sangat! 
Agaknya betul juga kata arwah Tok, cuaca panas akan hasilkan buah²an yang manis. Seminggu dua ni memang cuaca agak panas dan kering, hujan pun sekejap². Manakala kalau hujan, buah² macam betik, tembikai hasilnya kurang manis. Terlebih air kot :) 

Buah ketiga Ummi sedekah dekat burung dan tupai juga. Kecik sangat, tak padan nak petik pun. 

Adik dan buah keempat. 

Alhamdulillah merasa juga hasil berbudi kepada tanah. 


Monday, 6 January 2025

06012025 ~ Tanam Pokok Rubber Plant ( Ficus Elastica)

Mak Bee bagi Ummi sebatang pokok. Selalu tengok pokok ni ditanam sebagai pokok hiasan tapi tak pernah tahu namanya. Thanks to Google, dapatlah juga namanya; Rubber Plant (Ficus Elastica). Pokok ni bergetah mungkin sebab tu namanya rubber kot :) 

Masa Mak Bee offer dia bgtau pokok ni dia semai dari induk, tinggi ni katanya sambil tunjuk tangan ala² takat lutut je. Sekali cabut , dekat setinggi tembok dah! Terpaksalah Ummi keluarkan pokok lidah jin dalam pasu tinggi dan transfer ke pasu rendah sikit. Rubber Plant ni Ummi masukkan pula ke dalam pasu tinggi.

Saja survey harganya di online platform, cecah RM100 pun ada ye anak pokok ni. Rezeki Ummi dapat free, alhamdulillah ☺️
 
Hidup dengan subur ye...
Bagi dia tumbuh elok dulu baru nak letak luar pagar. 

Sunday, 5 January 2025

Kakak ~ UPKK 2024 & The Journey

Bermula 6 Jan - 9 Jan 2025 Kakak akan menduduki UPKK. Exam mula petang ni... 


Kali ketiga anak ambil UPKK, Ummi lebih tenang :D 

Terima kasih banyak pihak sekolah yang sama² berjuang dan berkorban masa utk anak². Dari mula buka sekolah lepas cuti baru² ni, memang all out buat program UPKK. UASA dan PSRA dah lama selesai, fokus sekolah utk anak² T5 sajalah. Selain tu, bermula dari lepas raya hinggalah hujung Disember lepas, sekolah juga anjurkan tuition UPKK setiap hari Isnin dan Selasa. SRAI sekolah satu sesi, silibus KPM dan KAFA digabungkan jadi masa pembelajaran agak pendek. Jadi, setiap hari I/S tu, guru² ambil masa 1 jam lagi untuk ajar subjek² UPKK. 

Program Gerak Gempur. 

Jumaat petang bermula Perkampungan UPKK pula, diikuti majlis bacaan Yasin UPKK sebelah malamnya. 

Kelas Pecutan UPKK setiap pagi hari exam. Sebab exam UPKK sebelah petang. Sebelah pagi juga anak² buat bacaan Yasin dan solat hajat bersama guru². 

Semoga segala usaha dan pengorbanan guru², anak² dan ibu ayah juga membuahkan hasil yg terbaik utk anak² 🤲🏻

Tuition UPKK Ustzh Lela dah habis minggu lepas (29/12). 

Gambar hari pertama Kakak tuition Utszh Lela (5/5/2024). Simpan sini utk kenangan. 

Petang dan malam Ahad tu rezeki Kakak dapat masuk kelas ulangkaji Ustzh Azizah pula. Ustzh Azizah buat kelas percuma sepanjang minggu UPKK ni. Sesi petang tu 3k joined di Zoom, 2.8k tengok live di FB. Semoga Allah permudahkan urusan Ustzh dan rahmati Ustzh sekeluarga dan anak Ustzh berjaya cemerlang dlm SPM 🤲🏻 

Suatu masa dulu, Abang pernah berguru dengab UA. 

Good luck Alya! 
Kakak dan Alya (sepupu) lahir sama tahun. 
Hari ni sama² akan berjuang utk UPKK. 

Ummi doakan Kakak dan kawan² termasuk anak kawan² blogger antaranya anakanda Fatimah (anak Lady), Adam (anak SR), Daus (anak Kak Amie, x sure ambil UPKK ke tidak) dan semua anak² T5 beroleh kejayaan cemerlang hendaknya utk UPKK kali ni. 9A semuanya aamin 🤲🏻


05012025 ~Terima Kasih Orang Baik

Alhamdulillah selesai masalah (ujian sebenarnya) yang Ummi hadapi sejak bulan 9, 2024. Syukur, setiap kali Dia datangkan ujian, setiap kali itu juga Dia hadirkan orang baik² utk bantu dan dipermudahkan jalan keluarnya.

Ummi doakan kedua insan yang baik hati dan pemurah ni sentiasa diberikan rezeki yang luas lagi berkat, sihat selalu dan sentiasa dlm lindungan dan rahmat-Nya. Ada kebaikan yang kita hanya mampu balas dgn DOA, sementelah bukan wang ringgit yang mereka mahukan. 

Gambar hiasan :) 
Pisang pemberian Cik Leha. 
Rasanya Pisang Nangka ni... 
Buat serawa sedap 😋

Minum Petang @ Heetam Coffee, Sri Gombak


Jumpa satu lagi port ngopi yang baru sebulan lebih beroperasi di Sri Gombak ni. Adik la dok promote, katanya cafe ni milik parents kawan dia, A. 

Antara menu yang ada ...
Tak try yang ni sebab kami datang lewat petang. Next time boleh bawa Abang Angah...

Menu lain... 

Cantik dan kemas dekonya...

Kami order Cafe Latte, Coconut Latte dan Double Choc Vanilla kot namanya...dengan Kid's Meal 1 set; ada fries & nugget. Masing² pun masih kenyang, late lunch tadi. 

Sementara menunggu tu, Mama A hantar sepinggan cheesy fries ni. Percuma sebab kawan A katanya 🤩

Then, Mama A hantar pulak sebiji Big Mouth Burger! A belanja katanya... 
Aduh, segan dah Ummi ni 😌
Burger ni sedap gilerrr ye... Yang ni memang Ummi plan nak repeat. Hari tu cuit² je sebab Adik pun kemain erk ngap burger ni... selalu dia tak berapa gemar burger

Lama jugalah berborak dengan parents A. Ayahnya sekapai dengan kami, orang Kedah jumpa geng memang sakanlah berborak kan wpun tak pernah bersembang sebelum ni :) 

Seronok bila ayahnya cerita tentang business mereka ni. Sebelum ni depa jual madu asli, then biji kopi and finally buka kafe. Business kopi depa ni bukan setakat kafe yang baru dibuka ni saja, tapi depa juga supplies biji kopi utk kafe² ternama. Tumpang bangga ye 👍🏻 Depa juga ada ladang kopi di Sintok, Kedah. Luas juga kawasan dengarnya. Adalah idea Ayah A nak majukan ladang tu. Mudah-mudahan berhasil 🤲🏻 

Wpun Ummi tak minat berniaga tapi Ummi suka dengar kisah² inspirasi dan kejayaan usahawan² khususnya bumiputera. Kalau mampu support, kita support la kan. 

Adik bawa balik beberapa biji roasted coffee, yang Mama A letak di kaunter sebagai hiasan 😇 Balik rumah dia nak cuba tumbuk, guna lesung batu...

Kopi Adik :D 

Ada sesuatu yang Mama A hadiahkan juga. Nanti Ummi cerita... 

Heetam Coffee ni selang 2-3 pintu dengan Restoran Thaqwa. Dulu Zazi's Kitchen, sekarang ZK dah tutup dan sekarang Heetam Coffee beroperasi di sini. 

Selamat Maju Jaya buat Heetam Coffee!
Tqsm for your hospitality Ayah & Mama A 🌹

Heetam Coffee 
Pusat Bandar Sri Gombak, 
53, Jalan SG 3/1, 
Taman Sri Gombak, 
68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 10 pg - 10 mlm (Isnin - Sabtu)