Tuesday, 17 December 2024

Rossco Cafe, Iskandar Puteri


Ikutkan kenyang lagi sebab baru lepas breakfast kan, tapi alang² dekat je dengan hotel (dlm 1.5km) je kami singgah di Rossco Cafe dulu sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Petang sebelum tu dah recce tempat ni jadi tidaklah tercari². 

Katanya kafe ni terkenal dengan hidangan lauk kampung yang pelbagai. Tak sabar Ummi nak melangkah masuk ke dalam kedai. Saja nak tengok² je sebab masih kenyang. Walid pula beria nak singgah sebab nak makan kacang pool. 

Baru pukul 10.30 pg ye, lauk dah beratur :D 
Pelanggan belum ramai, banyak lagi meja kosong. 

Senangkan dah siap harganya... 

Hat ni makan dengan nasi panas² pun confirm licin sepinggan πŸ˜†

Ulam dan pelbagai jenis sambal/pencicah. Ingat nak jamu mata je, tapi tewas juga bila nampak ni πŸ‘‡πŸ»

Sup Gearbox tu dok lambai², kesian pulak ahahaha... 

Tu dia mai dah πŸ˜‹

Kuah sup sangatttt sedap, rasa segar je hirup kuahnya. Cuma, gearbox tu kalau rebus lama sikit lagiiiii sedap. Yang ni agak keras dan liat lagi dagingnya. Tapi licin juga, dikerjakan oleh Kakak dan Walid :D 

Yang ditunggu² akhirnya tiba... 
Kacang pool ni highly recommended πŸ‘πŸ»
Berkongsi pulak makan, bertambah² sedapnya. Nak order lebih tak habis pulak karang sebab masing² masih kenyang. 

Kafe luas ye... Ni ruang makan bahagian dalam. Suka tingkap nako tu, nampak klasik kan...

Kami pilih duduk di luar sebab lebih santai, sambil layan busking

Power suara dia πŸ‘πŸ»
Perform pulak lagu 80-90-an memang kenalah dgn jiwa kan ... Mesra orangnya, tegur² kami tanya dari mana dsbnya. Ummi request dia nyanyi lagu 'Layu di Hujung Mekar' pun dia layan :D 

Memang best la kafe ni. Kalau ada rezeki datang area sini, pasti akan singgah Ψ₯Ω† Ψ΄Ψ§Ψ‘ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ 

Kafe ni stand alone building di satu kawasan lapang. Parking banyak πŸ‘πŸ» 

Rossco Cafe 
Persiaran Laksamana, Kota Iskandar, 
79100 Iskandar Puteri, 
Johor Darul Ta'zim
Waktu Operasi: 
Seawal 7 pg kecuali Ahad (7.30 pg). 
Sabtu tutup. 
Buka hingga jam 5-6 ptg (ikut hari). 

15 comments:

  1. Meriah betul varieti lauk dan mknn tu.sedapnya

    ReplyDelete
  2. Wow...menarik ni...tunjuk katsuami cafe ni dia boleh cakap x tau wujud..padahal kat tempat kerja dia sebelum ni....SA ckp next u bawak i..i nak makan sup gearbox..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cafe di isolated sikit tempatnya SK.
      Sorang² dia je kat sini...

      Delete
  3. Betul tu, saya pun suka kedai nasik campur yg dah siap letak harga, bolehlah agak berapa yg kita akan spend hari tu, takde lah surprise sangat... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ...bole la kita congak² harganya...

      Delete
    2. Yaa.. nk ambik byk ke sikit ke, boleh la plan

      Delete
  4. Peghhh.. layu di hujung mekar ya, PH. Kita selalu nak ke sini tapi selalu tak ingat, hahaha. Orang Selangor pun dah sampai ni, tak aci betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sekali sekala kita layan lagu jiwang SK πŸ˜†
      Lekaih² ajak PI :D

      Delete
  5. ini kena try ni kalau pergi johor lagi nanti...masuk list..

    ReplyDelete
  6. Nampak ikan pekasam tu....bahaya buat menambah nasi. Hehe

    ReplyDelete
  7. Semua nampak sedap. Kacang pool lamanya tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun dah lama tak makan kacang pool Kak, mmg layan :D

      Delete