Thursday, 12 December 2024

Breakfast @ Fraser Place

Sambungan entry  Fraser Place... 
Banyak gambar, kena split entry πŸ˜…

Kafe hotel sebelah lobi je.

Halal certificates πŸ‘πŸ»

Hari pertama Ummi dengan gegirls je breakfast di sini. Walid ke tempat kerja seawal jam 7.45 pagi. 

Kami duduk tepi tangkap, boleh nampak tasik....

Nampak burung dari kejauhan... 

Hotel ni ramai expats, esp dari Korea yang stay. Awal² pagi boleh nampaklah mak² dgn anak²  breakfast di sini. Lepas sarapan, they send their kids to school via bus/van yang datang ambil. Time kami turun, dah almost 9 so tak ramai dah geng depa. Cafe besar, no issues kalau ramai² pun. Food selection pelbagai & food station pun banyak. 

Bila pemandangan cantik, makanan sedap² memang enjoy lah kan... 

Pasta Bolognese untuk Adik

Ummi ambil mee goreng. Potato masala tu sedap! Teh Tarik pun terbaik πŸ‘πŸ» 

Ada nasi lemak, takkanlah tak rasa kan?
Ambil juga cheese slices nak regu dengan spaghetti Adik πŸ‘†πŸ»

Kakak pandai dan rajin mencuba food yang ada. Dia buat sendiri pancakes ni, based on observation. Ummi pula suka pilih yang dah terhidang dan biasa makan je. Hari kedua dia makan mi sup, yang kena celup sendiri segala bahannya tu. 

Ummi pula cuba chapati. Sedap, kenyang walaupun makan sekeping je. 

Bihun goreng tu kosong je, tapi sedap. 

Sate pun ada. 
Yoghurt tu sedap. Served exclusively during breakfast je katanya. 

Fresh juice station.

Hat ni paling laku ye! 
Walaupun suka makan peria tapi tak berani nak cuba jusnya. Takut tak lepas telan 🫣

Semalam Teh Tarik, hari ni coffee latte. Bukan yang fresh brew tapi yang dah siap bancuh. Sedap, kegilaan Walid dan kawan² sekerjanya kalau breakfast dekat sini haha ... Ummi pun suka, rasa dia mild je. Kalau kopi pekat², sakit kepala. 

Alhamdulillah semua sedap². Syukur atas nikmat Allah bagi. 

4 comments:

  1. Aduh³, kecur kita dibuatnya. Jemputlah datang ke Johor lagi.

    ReplyDelete
  2. Kalau ramai expats, harga pun expats lah....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Sedap2 nampak jenis2 sarapannya

    ReplyDelete
  4. Mesti enjoy breakfast tu, makan dengan tenang sebab sedang bercuti. Takde rushing nak buat aktiviti lain.

    ReplyDelete