Alhamdulillah kali ni kami tak hadap heavy traffic. Pukul 7 pg di Tol Jalan Duta, pukul 10.15 kami dah sampai di Gopeng. Alang² banyak masa lagi, kami singgah di Zahara Garden ni.
Zahara Garden ni tempat tarikan terbaru di Gopeng. Masa kami buat family day di Rock Garden & Himalaya Camping Resort tahun lepas rasanya ZG ni belum dibuka. Tak jauh pun dari Plaza Tol Gopeng, dlm 10-15 minit drive.
Sama jalan masuk nak ke HCR tapi utk ke ZG kena ambil simpang kiri ke Kg Jelintoh. HRC pula kena terus ke depan, ke Kg Sg Itek. Jalan nak ke ZG tak mencabar macam jalan nak ke HRC. Dari simpang ni nak ke ZG dalam 5 min drive je.
12 tahun ke atas : RM25/person
12 tahun ke bawah: RM15/person
Total tiket kami: RM 130
Dapat kalendar 2025 satu 👍🏻
Tapi maaf la, Ummi tak suka kalau haiwan dikurung dlm sangkar kecik gini. Nak² haiwan yang biasa hidup dlm kawasan yang besar dan bebas spt hutan tu. Mungkin pihak ZG boleh buat sangkar/kandang besar utk depa 2 ni.
Ini juga yang menarik hati kami utk ke sini, nak tengok alpaca.
Tak pernah takut dengan haiwan. Dialah terpaling berani dan teruja nak sentuh² alpaca ni. Abang of course tak nak masuk. Kandang ni agak berbau jadi bukan kegemaran dia 😆
Dalam kandang yang sama juga ada beberapa ekor biri². Jinak² semuanya tapi ada pulak poo poo dan shishi merata² haha...
Yang alpaca tu pula nampak pintu situ terbuka, nak juga keluar. Macam²... .
Kita tinggalkan alpacas & sheeps, nak explore tempat lain pulak dalam ZG ni...
Tempat ni cantik, banyak port nak bergambar...
Boleh bagi makan haiwan² spt rabbit & birds. 1 peket makanan haiwan tu RM1 je.
Flying fox murah sangat, RM20 je utk adult. Children RM18. Ni staff tengah check peralatan sebelum para pengunjung dibenarkan cuba permainan ni.
Habis beringgit² jugalah bagi haiwan² dlm ni makan 🤭
Belakang tu ada bas pink, boleh naik utk bergambar dalam tu. Ada macam² lagi spot menarik utk bergambar.
Lastly, kami masuk kids room ni. Disediakan gambar, pensel warna dsbnya untuk anak² mewarna. Bilik ni berhawa dingin, Ummi pun tumpang sekaki sebab nak aircond :D Takde orang, kami dgn adik sorang tu je.
Baguslah idea ni. Ummi suka and first time rasanya Ummi jumpa tempat outdoor yg sediakan aktiviti begini dlm premis mereka.
Ada cafe; cantik, luas dan selesa nampaknya tu. Kami tak masuk, sebab agenda makan di tempat lain lepas ni.
Masa masuk tadi, ada photo booth. Kami bergambar di situ dan masa nak keluar ni belilah gambar sekeluarga. Sebab gambarnya cantik dan kami pun dah lama tak print gambar sekeluarga. Last masa di Muzium Padi dua tahun lepas.
Untuk gambar ni berabis jugalah RM70. Satu daripada gambar tu dalam bentuk fridge magnet. Oklah tu, boleh simpan sebagai kenangan.
Zahara Garden
Lot 43500 Kg Jelintoh
31600 Gopeng
Perak Darul Ridzuan
Waktu Operasi: 8.00 pg - 6.00 ptg
Website Zahara Garden: Zahara Garden
|
Seronok kan ada tpt2 mcm ni. bahagia ibu bapa.
ReplyDeleteNampak enjoy bawa anak2 kat sini. Boleh berinteraksi dengan haiwan. Alpaca tu satu je kena berhati-hati. Kalau dia rasa terancam....dia meludah.
ReplyDeleteComel je alpaca tu. Banyak jugak aktiviti dalam tu ye. Best jugak tu ambil gambar family.
ReplyDeletetu la baru je lalu kat TT kita tempat ni.. macam menarik juga.. so next trip bole singgah
ReplyDeleteWah... Ada alpaca juga..
ReplyDeleteBaru tau pasal tempat ni, rupanya baru dibuka.
ReplyDeleteYelah PH, sedih pulak kita tengok rakun tu dalam sangkar kecik.
Alolo…comel sangat haiwan alpaca. Tak pernah tengok depan mata. Menarik sungguh.
Banyak jugak RM melayang tu PH, tapi tak ternilai dengan kenangan yang tercipta bersama keluarga tersayang.
nampak menarik la tempat ni
ReplyDeleteMalaysia ni banyak tempat menarik untuk dilawati kan. Banyak juga tempat yang kami tak pernah sampai. Bila baca blog kawan-kawan baru tahu kewujudan tempat-tempat ini.
ReplyDeleteMak ai! Banyaknya ikan koi!
ReplyDeleteSihat2 juga alpaca hidup kat sini kan?
Ibu geram je tgk Alpaca tu PH. Kami pn x sampai lg ke sini.
ReplyDelete