Monday, 23 December 2024

Kursus Amali Sembelihan & Kem Madani


Sekarang banyak aktiviti amali yang sekolah Abang buat. Lepas UASA kan... Hari tu dengar Abang bagitau ada Amali Haji. Selasa sebelum cuti sekolah ada Amali Sembelihan pulak. Bagi Ummi bagus buat aktiviti begini, tidaklah belajar teori saja kan.. 

Sembelih ayam. 
Abang sembelih 2 ekor katanya.
Ada juga 3 ekor ayam terpaksa dibuang sebab sembelihan tak sah. Elok juga dapatlah depa belajar dan tengok sah tak sah cara depa sembelih tu. 

Cabut bulu ayam. 
Teringat dulu² merewang kenduri, ayam² memang sembelih sendiri. Kemudian ramai² cabut bulu ayam. Sebelum tu masak air dulu hingga mendidih, celur ayam bagi lembut dulu then baru cabut bulunya. Bila nak siang pula bawa ke charok/tali air utk dicuci. 

Baguslah ada pengalaman begini. Nak harapkan rewang kenduri mungkin jarang nak ada dah orang merewang sekarang. Kebanyakannya guna catering service sekarang ni. 

Sepatutnya masa darjah 6 ada juga praktikal sembelihan tapi utk batch Abang dulu dibatalkan sebab masa tu Covid. Rasanya ni la kot kali pertama Abang sembelih ayam. 

Ayam² yang dah disembelih dan dicuci tu depa masak sup dan goreng. Kemudian makan bersama guru². 

Rabu & Khamis pula katanya ada Kem Madani. Eloklah tu Abang, dari melangut je lepas exam :D 
Tapi tak sempat melangut pun, ada guru² dah mula ajar subjek F5. 

Kem ni ada aktiviti masak memasak, riadah dan social experiment. Guru² halaqah bawa keluar ke kejiranan berdekatan, depa kena interview para peniaga tak silap. Banyak kena reject tapi team Abang berjaya juga iv seorang peniaga goreng pisang. At the end, halaqah Abang & Ust Saffone (team up) menang 👏🏻



11 comments:

  1. Bagus la amali macam ni. Rasa2 Dania pun ada belajar nanti sem kemudian.

    ReplyDelete
  2. Best nya murid-murid sekarang. Banyak aktiviti amali macam ni.

    ReplyDelete
  3. Bagus sungguh aktiviti sebegini didedahkan awal pada mereka diusia skrg kan PH. ;)

    ReplyDelete
  4. Hhaha... ye... dulu2 masa kenduri memang semua buat sendiri.... Time cabut bulu ayam tu selalunya budak2 jadi mangsa

    ReplyDelete
  5. Wak masih amalkan sembelih ayam sendiri, cabut bulu dan proses secara manual

    ReplyDelete
  6. Wak masih amalkan sembelih ayam sendiri, cabut bulu dan proses secara manual

    ReplyDelete
  7. bagus aktiviti gini, rasanya kat sek my ariff pun ada jugak aktiviti gini tp lps sekolah bukak nanti (januari 2025)

    ReplyDelete
  8. Tahniah abang...bagus dapat ilmu yang sangat penting kan..banyak ke ayam yang terpaksa buang sebab x menepati syarat tu...

    ReplyDelete
  9. dulu masa kecik asal hari Ahad je ada xtvt cabut bulu ayam... sekarang ni nak suruh anak bersihkan ayam pun bukan main lagi dorang geli...sekeh karang baru tau

    ReplyDelete
  10. Bagus nya ada pendedahan aktiviti macam ni.. ilmu mcm ni jarang org nak belajar dah..

    ReplyDelete