Perjalanan kami diteruskan...
Kali ni nak singgah sebentar di Ayer Hitam.
Satu masa dulu, kami pernah singgah di Ayer Hitam ni. Masa tu kami masih berdua, naik kereta pertama kami; Cik Tam :D
Rasanya kami pergi makan kenduri, tapi tak ingat di mana dan siapa yang kahwin. Mungkin kenduri Uncle Azizi di Kg Melayu Majidee kot. Ingat² lupa sebab peristiwa ni dah hampir 20 tahun dah.
Perkara yang paling Ummi ingat tentang pekan Ayer Hitam ni ialah banyak jualan tembikar, kraftangan, makanan, mainan, hasil tani dsbnya. Meriah sangat tempat ni masa tu. Semuanya berniaga di tepi jalan utama. Kalau tak singgah beli pun, boleh nampak kemeriahannya dari dalam kereta.
Sayangnya, kini semuanya tinggal kenangan 😌 Sewaktu kami sampai di sini awal bulan lepas, dah takde kedai² tu semua. Jalan utama tu sedang dilebarkan. Yang Ummi nampak kedai Claytan tu masih ada.
Tanya peniaga ni dah takde ke tempat dulu tu? Katanya kedai beliau dan beberapa lagi terbakar. 5-6 tahun dah katanya. Since then, para peniaga berniaga je dekat mana² tempat yang sesuai, bukan lagi berkelompok macam dulu. Sedih la Ummi, sebab datang sini nak mengimbau kenangan ☺️
Ummi suka makan keladi esp keladi rebus tapi tak reti nak siang/bersihkan. Macam dah set dalam minda, keladi ni gatal jadi tak berani nak sentuh². Masa arwah Tok ada dulu, tak nak belajar caranya 🤭
Dah nak balik tu, perasan ada papan tanda "Bazar Niaga Ayer Hitam". Jom la tengok apa yang ada...
Rupanya disinilah tapak baru para peniaga berjualan! Excited ye kami berdua hehe...
Berkenan dgn beg anyaman tu. Buat beg telekung pun sesuai. Tapi tak beli, insaf sbb beg telekung yang dah ada pun lawa lagi :p
Tapi yang lama dulu lebih terasa kemeriahannya. Tapi utk keselamatan dan keselesaan mungkin tempat baru ni lebih sesuai. Tempat parkir pun luas. Cuma tidak semeriah di tepi jalan besar dulu. Pengunjung luar pun tak ramai. Mungkin ramai yang malas nak keluar dari jalan utama. Dulu, kita cuma hentikan kereta di tepi jalan utama saja, dah boleh shopping.
Dekat sini alhamdulillah jumpalah apa yang Ummi cari...
Kali terakhir makan Telur Pindang ni masa pergi Muar tahun 2019. Bukan setakat teringin, sampai level mengidam dah haha... 7 biji RM10. Ummi bagi dekat Cik Aida 2 biji. Selebihnya makan sendiri. Tamak betul :D
Ayer Hitam ni dulu masa kecil selalu arwah ayah ke sini melawat pakcik dan makcik yg tinggal di sini. Selalunya otw balik dari Kg di Pontian.
ReplyDeleteJarang dah jumpa telur pindang.
ReplyDeleteowh dah tak de ye jualan pasu-pasu kat Ayer Hitam ni PH, kak ana tak pernah sampai lagi tapi tahu dulu ada jualan pasu-pasu kat sini..
ReplyDeleteKat pekan ni banyak jual bekas kecik2 bunga telur untuk orang kahwin. Telur pindang saya kurang sikit tapi makan juga kalau ada. Sebab rebus dengan macam2 daun tu kuat sikit la bau telur ni.
ReplyDeleteDulu kalau ikut keluarga ke Singapura, Ayer Hitam ni memang lokasi wajib singgah sebab nak beli barang-barang tembikar. Akak pun dah lama sungguh tak ke sini.
ReplyDeleteDulu masa trend bekas telur dalam bekas ceramik ramailah orang ke sana. Dengan pasu² kerawang. Pernah bawak mak dulu beli pasu kat sana.
ReplyDeleteAkak suka sangat telur pindang tapi dah takde pun orang buat/jual kat sini. Beli online je dari Johor.
Lalu jugak balik dari kluang isnin semalam.. Tapi, tak singgah pun
ReplyDeleteBetul, masa meniaga tepi jalan dulu lagi meriah banding skrg. Sy pun dah malas nak singgah, claytan pun dah tak singgah. Tapi, tu la.. setiap kali nampak beg comel, mesti rasa nak buat beg telekung, hahaha. Sy pun ada mindset, keladi tu gatal, jadj takut nak kopek, kenapa tah.
ReplyDeleteMisi mencari tempat jualan yg banyak2 tu gagal juga sebab SA nak cari la kedai2 jual pasu bunga apa segala..rupanya ada ye...nampaknya kena la pergi lagi ni...
ReplyDeleteMZ tak reti la mkn telur pindang (tak kena dgn tekak sbb dia ada bau mcm rempah2 gitu)
ReplyDelete