Puding Roti Ala Kampung ni puding roti yang simple tu, yang biasa acik² buat dengan kerak roti atau roti nak expired tu :) Regu dia sos kastard yang enak tu.
Sekarang ni macam² improvasi dibuat terhadap puding roti. Minggu lepas Ummi try Puding Roti Marble, tapi tak jadi 🤭 Sepatutnya guna agar² serbuk tapi merata cari takde jadi Walid beli agar² tali. Ummi pula sejenis yang tak berapa reti masak² puding ni, hentam sajalah guna agar² tali tu. Nak olah² pun tak pandai akhirnya terpaksa buang je :(
Puding Roti Ala Kampung
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Bahan-Bahan:
Roti - didadu kecil/disiat²
2-3 biji telur
2 cawan susu segar
1 cawan air
Segenggam kismis
3 - 5 sudu makan gula perang
2 sudu makan minyak jagung - Ummi letak minyak masak je
1 sudu kecil esen vanila
Bahan Sos Kastard:
2 cawan susu segar
½ cawan air
2 sudu makan tepung kastard
3 sudu makan gula perang
Cara Penyediaan:
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk, masukkan susu segar, air dan pukul sebati
2. Masukkan pula minyak jagung dan esen vanila. Pukul sekata
3. Masukkan roti dan gaul sebati
4. Bakar dalam air fryer @ oven 180°C/15 minit atau sehingga masak. Ummi set 30 minit tapi dalam 15 minit dah garing bahagian atas jadi kena adjust tengoklah macamana ye, ikut kesesuaian oven/AF.
Untuk sos kastard;
Satukan susu segar, gula perang, air dan tepung kastard di dalam periuk. Kacau sebati dulu baru buka api. Masak hingga kuah pekat. Tutup api. Siap!
Untuk hidangan, potong puding dan curahkan sos kastard diatasnya. Boleh juga disimpan dulu dalam peti ais puding dan sosnya. Makan sejuk² lagi sedap.
Selamat mencuba 🤗
Alhamdulillah.
ReplyDeleteMenjadi puding rotinya. Memang sedap makan sejuk dengan sos kastard.
Tentulah sedap buat berbuka puasa
ReplyDeleteKena buat masa mood rajin kalau nak buat ni. Terima kasih share resipinya.
ReplyDeleteDah lama tak masak puding roti. Nanti saya nak coba resep KA ini. Nampak sedap dan yg terpenting mudah 😄👍
ReplyDeleteagar2 tali memang agak leceh...kikiki//kurang air, terkeras. lebih air lembik pulak...
ReplyDeletesy pun tak pernah buat puding roti marble..tengok orang buat senang je,tapi bila nak buat sendiri rasa susah..haha
ReplyDeletePuding roti saya buat yang biasa je.....kalau ada agar2 pulak macam tak pernah try lagi.
ReplyDeleteCCL pun suka guna agar-agar serbuk . Lagi cepat agar-agar tu masak
ReplyDeleteNampak macam senang je nak buat kan...tp SA kalau buat risau x jadi je..
ReplyDeletelaam tk buat puding roti
ReplyDeleteAmmi pernah buat bread pudding ni tp mcm tak laku kat rumah ni. Dorang nampaknya sejenis prefer yg savoury type
ReplyDelete