Monday, 4 March 2024

Angah ~ P-File & Tawaran Feeder School

13.2.2024 Angah secara rasmi meninggalkan SRAI. Ummi bawa dia ke sekolah untuk ambil Personal File (P-File) dan juga surat tawaran ke feeder school. Sama ada kita nak ke SMK atau mana² sekolah menengah wajiblah memohon penempatan di feeder school terlebih dahulu. Ini katanya untuk mengelakkan keciciran di kalangan pelajar. 

Officially graduated :)
Gambar kecik masa nak masuk Darjah 1, muka tembam² gitu. Mai Darjah 6, muka dah jadi bujur hihi... Yang pasti makin hensem :p

Style budak² sekarang kan, suka pakai jaket walaupun di tengahari, tengah panas... Poi pokan naik basikal ahak! 

16.2, last day untuk pengesahan feeder school barulah kami ke SMK. Itulah selepas semakan kedua UKKM, Angah masih #teamsidai (waiting list). 

Cantik sekolah feeder Angah ni...

Ummi juga ambil borang untuk rayuan KAA sebab ada 'masalah teknikal' dalam permohonan KAA Angah dan kawan² sekelasnya. 

Alhamdulillah Angah dapat tawaran lain, maka 4.3 Ummi maklumkan kpd SMK. Penting untuk maklumkan kpd feeder school supaya kekosongan yang ada diisi oleh murid lain, khususnya yang memohon pertukaran ke sesuatu SMK. 

Alhamdulillah setakat ni selesai urusan sekolah rendah dan sekolah feeder




15 comments:

  1. Semoga dpermudahkan urusan nya.. linda pun debar pulak.. Next year, yg sulung naik tingktan 1

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan Angah. Ni nanti mesti makin meninggi pulak mengalahkan uminya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq SK🌹
      Hah tu la tu, sikit hari lagi tinggi dari Ummi la :)

      Delete
  3. Ya betul yang PH buat tu. Feeder school kena daftar juga takut pelajar tak dapat ke mana2 jadi nama dah ada di feeder school. Pernah dulu ada kawan Dania yang confident dapat MRSM...memang tak pergi feeder school tu pun. Ini bagi saya sangat bahaya sebab selagi tak ada surat rasmi MRSM memang tak akan percaya kan....dah la MRSM masa tu masuk lambat sikit. Kemudian bila Dania dapat pindah sekolah lain pun maklumkan feeder school tu jadi macam PH kata boleh diisi dengan pelajar yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, x leh confident sangat. Kena ada back up dgn feeder school.

      Delete
  4. betul tu biar daftar dulu feeder school sbb yg lain blm pasti dpt kan

    ReplyDelete
  5. thanks PH share...tahun dpn kakak anis f1 ...apa2 pon feeder skul amat pntg...belajar kat mana pon sama asalkan ank2 serasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul feeder school pntg dan wajib oleh KPM.
      Betul, sekolah harian pun byk yg hebat eqin 👍

      Delete
  6. Alhamdulillah..lega bila urusan satu-satu dah settle. Semoga dipermudah segala urusan seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur, semuanya dipermudahkan 🤲

      Delete
  7. Khilfi dulu gambar masa darjah 1 kurus je...yg darjah 6 bulat terus mukanya.

    ReplyDelete
  8. Syukur, allah permudahkana segalanya...

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan segala setiap urusan .

    ReplyDelete