Friday, 15 March 2024

3 Ramadhan ~ Apam Beras Tak Jadi!

Kononnya nak buat Apam Nasi resepi Mama Yan, tapi mungkin Ummi tersilap tepung agaknya, lalu Apam Nasi Ummi tak mengembang sebaliknya melekit! Macam bingka ubi kayu tu teksturnya 😅

Bancuhan dah cantik dah tapi bila dikukus tak gebus seperti Apam Nasi yang Ummi pernah buat dulu. 

Sebenarnya masa nak bancuh tepung tu dah confused, itu tepung beras atau tepung ubi 😅 Disebabkan dah kisar nasi, proceed je la walaupun dah nampak putih semacam je tepung tu haha... 

Takpelah, belum rezeki nak 'balas bekas' Cik As dan Cik Ana hari ni. Cik Ana bagi 2 bekas Serawa Pisang. Dan hari ni bertambah sekotak lagi kurma, alhamdulillah. Kurma Madinah dari Pak Tuan. Rasa nak cari butter, nak try test buat Kurma Butter. Kawan Ummi dah buat, katanya sedap sangat. Dia guna butter cap sauh :p

16 comments:

  1. Haisyh.. Kena cuba jugak ke nie kurma butter... Hihihi..
    Linda pun dok ngidam apam beras.. Esok kena p beli tepung beras.. Buat spare

    ReplyDelete
  2. hehe praktis make perfect kan cikpuan., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haipppp, salah tepung. Bukan salah kita Wak 😅

      Delete
  3. Kegagalan itulah kejayaan kerana sudah berjaya mencuba🤭

    ReplyDelete
  4. Jadi bingka, ke PH. Nanti cuba lagi, kena beli tepung baru kot baru kompom tak tertukar jenis tepung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyal le teksturnya haha ...
      Lupa nak labelkan masa buka tepung tu... Lama² x ingat huhu

      Delete
  5. Tak apa ..boleh cuba lagi . Try and error

    ReplyDelete
  6. senang x nak buat kuih beras tu? hr tu ldy cube kenapa jdi mcm xpernah dibuat org kejadiannya.. mendap dan x gebu apamnya.. kalau apam org kan merekah cantik.. apam lady xjd terus

    ReplyDelete
  7. SA masih blom mencuba kurma dab butter, masih blom berani ..

    ReplyDelete
  8. Kadang yang tak jadi tu yang sedap

    ReplyDelete
  9. Agaknya guna tepung ubi tu kot. Takpe, lepas ni beli tepung beras dan cuba buat lagi. Semoga berhasil dan menjadi. Saya pun belum cuba lagi kurma butter tu. Kurma dan butter ada dah, belum tergerak hati lagi nak mencuba.

    ReplyDelete
  10. Tertukar tepung la ni kalau tak dah naik gebu huhuu

    ReplyDelete
  11. mungkin juga tepung beras pulut tu ph... takpe lepas ni cuba lagi. Saya pun belum cuba lagi kurma butter ni. Kurma pun makan sebiji je waktu buka ambil sunah.

    ReplyDelete
  12. Rajinnya puan....tiba-tiba terasa nak cari apam beras di param petang nanti

    ReplyDelete
  13. Tak try lagi kurma butter. Pernah tersilap tepung beras/pulut/ubi. Balang tepung dekat2 haha. Apam beras memang sedap.

    ReplyDelete