Friday, 8 March 2024

Ida Mee Udang Sg Dua, Penang

Dalam perjalanan balik kampung, kami singgah makan di Ida Mee Udang Sg Dua, Penang untuk makan tengahari. Kedai nasi campur yang biasa kami kunjungi tutup. 

Mee Udang Biasa RM10/sepinggan. Kalau Udang Laut, harga bermula dari RM18, mungkin bergantung harga semasa di pasaran. MUB ni sedap tapi bukan terpaling sedap. Apapun Ummi suka sebab kuahnya tidak terlalu pekat. 

Penang hangat ya amat! 
Dapat ayaq terus teguk :D 

Ada goreng² juga. Nasi Goreng Ayam Kunyit ni pilihan Angah & Adik. Sedap juga, tak kedekut sayur; baby corn, cauliflower, carrot, cili semua cukup 👍

Walid dan Kakak pilih Nasi Ayam. NA ni memang sedap, style Utara yang nasinya pun lembut, lembab dan sedap dimakan begitu saja pun. Mula tu order 2 set, lepas tu tambah lagi 1 set. Pakat berebut nak rasa pulak 😅 

Harga keseluruhan untuk;

3 set Nasi Ayam
2 set Mee Udang Biasa
2 pinggan Nasi Goreng Ayam Kunyit
2 gelas Limau Ais
2 gelas Sirap Ais
2 gelas Teh O Ais 
= RM65++ 

Alhamdulillah kenyang. Makanya perjalanan diteruskan. 

Ida Mee Udang Sg Dua 
3640, Jln Sungai Dua
13800 Butterworth
Pulau Pinang

14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Pernah juga singgah makan mee udang kat sini . Sedap betul kuah pun tak pekat sangat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Femes juga tempat ni CCL kan?
      PH pun suka kuah dia, x pekat sangat.

      Delete
  3. Nampak nasi goreng tu kecur air liur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NG tu nak kata sedap sangat tidak tapi sayur mayur dia bagi tu puashati!

      Delete
  4. nampak sedapnyer
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap! Air tu paling mengancam, bestnya ice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punah diet PH SR, asyik minum air manis je balik kampung aritu 😏

      Delete
  6. Allahu sedap nya mee udang ni.. tapi tu la kat penang hihii..

    ReplyDelete
  7. SA dan adik- adik cadang nak bawak PZ jenjalan utara pertengahan tahun nanti...leh la JJCM

    ReplyDelete
  8. Dulu mee udanf sg 2 ni antara yang famois kan

    ReplyDelete
  9. Walau balik utara tak pernah lagi kami makan mi udang.. teringin lah juga.. biasa cari bihun sup daging. Lepas ni nak try mi udang lah pulak.

    ReplyDelete
  10. Ah sayang saya tak tahu tempat ini 😅. Tapi nanti kalo ke Penang lagi nak coba lah kak.

    Pernah makan mee udang di batu feringhi, dengan teman2 kuliah saat itu. Sedap juga, dan langsung melihat pantai . Ntahlah masih jualan atau tak sellernya 😅. Dah lama sangat

    ReplyDelete