Dalam perjalanan balik kampung, kami singgah makan di Ida Mee Udang Sg Dua, Penang untuk makan tengahari. Kedai nasi campur yang biasa kami kunjungi tutup.
Mee Udang Biasa RM10/sepinggan. Kalau Udang Laut, harga bermula dari RM18, mungkin bergantung harga semasa di pasaran. MUB ni sedap tapi bukan terpaling sedap. Apapun Ummi suka sebab kuahnya tidak terlalu pekat.
Dapat ayaq terus teguk :D
Ada goreng² juga. Nasi Goreng Ayam Kunyit ni pilihan Angah & Adik. Sedap juga, tak kedekut sayur; baby corn, cauliflower, carrot, cili semua cukup 👍
Walid dan Kakak pilih Nasi Ayam. NA ni memang sedap, style Utara yang nasinya pun lembut, lembab dan sedap dimakan begitu saja pun. Mula tu order 2 set, lepas tu tambah lagi 1 set. Pakat berebut nak rasa pulak 😅
Harga keseluruhan untuk;
3 set Nasi Ayam
2 set Mee Udang Biasa
2 pinggan Nasi Goreng Ayam Kunyit
2 gelas Limau Ais
2 gelas Sirap Ais
2 gelas Teh O Ais
= RM65++
Alhamdulillah kenyang. Makanya perjalanan diteruskan.
3640, Jln Sungai Dua
13800 Butterworth
Pulau Pinang
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePernah juga singgah makan mee udang kat sini . Sedap betul kuah pun tak pekat sangat .
ReplyDeleteFemes juga tempat ni CCL kan?
DeletePH pun suka kuah dia, x pekat sangat.
Nampak nasi goreng tu kecur air liur.
ReplyDeleteNG tu nak kata sedap sangat tidak tapi sayur mayur dia bagi tu puashati!
Deletenampak sedapnyer
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Alhamdulillah rezeki Wak :)
DeleteNampak sedap! Air tu paling mengancam, bestnya ice!
ReplyDeletePunah diet PH SR, asyik minum air manis je balik kampung aritu 😏
DeleteAllahu sedap nya mee udang ni.. tapi tu la kat penang hihii..
ReplyDeleteSA dan adik- adik cadang nak bawak PZ jenjalan utara pertengahan tahun nanti...leh la JJCM
ReplyDeleteDulu mee udanf sg 2 ni antara yang famois kan
ReplyDeleteWalau balik utara tak pernah lagi kami makan mi udang.. teringin lah juga.. biasa cari bihun sup daging. Lepas ni nak try mi udang lah pulak.
ReplyDeleteAh sayang saya tak tahu tempat ini 😅. Tapi nanti kalo ke Penang lagi nak coba lah kak.
ReplyDeletePernah makan mee udang di batu feringhi, dengan teman2 kuliah saat itu. Sedap juga, dan langsung melihat pantai . Ntahlah masih jualan atau tak sellernya 😅. Dah lama sangat