Menyelam dalam chest freezer kelmarin, jumpa sebungkus ikan pekasam. Beli masa balik kampung raya hari tu la agaknya sebab itu last time kami balik kampung setakat ni. Walid ada la balik in between tu. Tahun ni Abang SPM, Kakak PSRA, hujung² minggu sentiasa padat jadual dengan program berkaitan diorang sebab tu tak balik kampung sekerap dulu.
Nampak je ikan pekasam tu teruslah teringin. Goreng separuh je, sebab Ummi sorang je makan. Itu pun 3-4x makan baru habis sekerat ikan ni. Ummi bukan penggemar tegar ikan pekasam. Ikut mood dan ikut menu juga. Kalau kena gaya, boleh habis sekali makan je. Kalau ada geng makan tu, seronoklah juga, pakat kutis² (cubit²) ikan pekasam ni.
Siapa suka ikan pekasam 🙋🏻?
sedapnya PH dapat yang ni dengan nasi panas tak ada lauk lain pun takpe,dalam peti ais saya sentiasa ada stock,tapi nak goreng tu tak tahan berbau satu rumah
ReplyDeleteSaya suka pekasam. Saya tahu pasal ini bila ada teman sebilik dari Kedah.
ReplyDeleteSuka juga ikan pekasam. Kalau tak ada lauk lain memang pulun sajalah sampai habis hihihii
ReplyDeletesedap sekali sekala makan pekasam tapi tak boleh selalu untuk kak ana nih.. faktor usia banyak yang kena berhati-hati dalam pemilihan masin manis makanan..
ReplyDeleteUish! Bau sampai sini!
ReplyDelete🙋🙋🙋
ReplyDeletesegala jenis pekasam sy suka termsk laa sotong or daging pekasam...
kalau mkn sy suk judu dgn lauk kobis or bayam goreng + nasi putih perrghhhh mak mertua lalu sy peduli hape🤣
Sedapnya ikan pekasam. Bertahun-tahun tak makan. Saya pun bukan penggemar tapi kadang tu teringin juga. Bila anak-anak sibuk dengan exam, tak dapatlah kerap balik kampung kan.
ReplyDeleteSuka sangat... goreng camtu gak tapi banyakkkkk bawang. Budak² tak makan ikan pekasam jadi mereka ambil bawang je. Akak biasa lepas goreng bubuh dalam tipuware sebab makannya pun sikit². Boleh simpan terus kalaubtak habis. Kadang ada yang kurang masin boleh ratah camtu je. Bil la ada bawang kan manis².. letak cili sket.. auummm
ReplyDeletesuka ikan pekasam..extra bawang lg umppp
ReplyDeleteSA suka ikan pekasam..x kisah ikan apa..goreng garing...dapnyaaaa..confirm rosak diet kalau dapat
ReplyDeleteMZ tak reti mkn ikan pekasam..teringin nak try
ReplyDeleteLama tak makan ikan pekasam ni. Tgk post ni teringin pulak.
ReplyDeleteSering dengar istilah ikan pekasam , tapi saya belum pernah coba kak. Jadi tak tahu juga rasanya 😅. Penasaran lah
ReplyDeleteAmmi barulah juga belajar makan ikan pekasam. Kalau ammi suka makan kalau regu dgn kari atau masak lomak
ReplyDelete