Mel and her family baru balik dari road trip ke Hatyai. Sakan depa berjalan, dari Ahad hingga Jumaat kelmarin.
Paling Ummi suka of course tomyam paste ni...
Ada logo halal Thailand belakang tu.
Ahad, sebelum hantar Abang balik asrama, Ummi masak tomyam guna paste ni.
Alhamdulillah, sedap. Secukup rasa paste tu; dah ada rasa pedas, masam... Nak melengkapkan rasa, Ummi tambah garam secukupnya.
Untuk malam, Ummi goreng cendawan je, regu dengan tomyam tu. Kerabu Mangga dah yilek :)
Malam tadi Walid beli cendawan lagi, minta Adik buatkan Cendawan Goreng Tepung lagi sekali. Adik yang tolong Ummi, jadi bagilah kredit kat dia :)
Alhamdulillah kenyang :)
wah..sedap tu. yes, MA pun suka tom yam paste tu..dapp
ReplyDeleteSenang nak masak tomyam kalau guna pes ni, PH. Anak² pun suka tomyam kan, nak² pulak ada Cendawan Goreng, mesti berselera memasing makan tu.
ReplyDeleteSaya sudah guna pes itu. Memang sedap. Terima kasih pada adik beli botol besar. Dapatlah selalu buat tomyam.
ReplyDeletesedap tu cendawan goreng..paste tom yam antara yang wajib juga kami beli kalau gi thailand.
ReplyDeletewajib kan beli kalu ke hatyai
ReplyDeletepes tomyam
Saya memang guna pes tom yam brand ni. Sedap sampai tak tukar brand lain dah.
ReplyDeleteSejak menetap di Penang ni senang dapat. Ada jual di kedai-kedai. Masa duduk di NS dulu, saya beli dari jiran yang selalu berulang ke Perlis.
senang ada paste ni pagi2 buta pun dapur dah boleh buka kedai siam...
ReplyDeleteLama x buat tomyam sendiri...kena buat la nanti ni..en suami duk intai kita blogwalking...pas tu nampak..terus mintak..adehh
ReplyDeleteTerliur la PH nampak cendawan tu. Paste Tom Yum tu memang saya guna kalau nak buat Tom Yum.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki....best sangat kalau dapat paste yang asli begini dari Thailand pulak tu
ReplyDeleteTomyam memang sedaaap, apalagi kalo gurih, asam, pedasnya pas 😍. Saya pun sukaaa sangat. Tiap kali ke Thailand atau Malaysia, saya suka bawa paste Tomyam dari sana Kak. Paste yg dijual di Penang pun banyak asalnya dari Thailand kan. Sangat mempermudah kalau dah pakai paste ini 😁👍
ReplyDeleteharitu masa husband ke kelantan dia beli juga pes tomyam dari thailand..sedap sangat cuma ada extra masamlah. kalau letak susu tu kira ngamlah
ReplyDelete