Sunday, 6 July 2025

Bubur Asyura 2025

6 July = 10 Muharram = Hari Asyura

Hari Asyura ni sinonim dengan bubur asyura la kan...

Seronok tengok kawan sekolah rendah Ummi, Cik Ida dok mengacau bubur asyura ni. Tegur² la dia ... Dekat WA la, bukan jumpa depan² 😁

Tradisi mengacau bubur asyura beramai² ni masih diteruskan di kampung kami. Dan untung CI dapat jadi penerus tradisi. 

Ada dua bendalah yang Ummi happy bila tengok status WA CI ni...satunya bila tengok aktiviti CI mengacau bubur asyura ni auto teringat zaman kanak² dulu. Kami akan berkumpul di rumah Maklang Di utk sama² 'kaco bubo suro' :) Kenangan masa lalu yang masih jelas di ingatan. 

Yang kedua, semestinya bubur asyura itu sendiri. Beberapa hari lepas Cik Ana ada bagi, tapi versi Pata Timo. Ummi dok teringin versi Utara 🤭 Nak buat sendiri malas haha... 

Tapi, Allah tu Maha Mendengar...

Baru 2-3 minit dok WA dgn CI, sampai sebekas bubur asyura Kedah style. Tqsm Cik Leha. Macam tau² ja Ummi dok bersembang pasal bubur asyura dengan CI ni :) 

Alhamdulillah syukur atas pemberian-Nya. 

16 comments:

  1. sedap tu..teringat dulu kecik2 pun, macam2 aktiviti dekat surau, dah tua2 nie takde lagi aktiviti kemasyarakatan...teruk nau rasenya

    ReplyDelete
  2. sedapnya! MZ suka yg kelantan style (ore kelate kan)

    ReplyDelete
  3. Suami suka bubur Asyura ni PH tapi payah betul nak jumpa sebenarnya. Ya suami nak yang asyura kedah.....mungkin negeri lain rasanya lain agaknya.

    ReplyDelete
  4. alhamdullilah rezeki dapat bubur...bagusnya siap ada gotong royong buat bubur dekat surau.....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah…Allah kabulkan hasrat hati PH.

    Saya belum pernah merasa versi pantai timur.
    Versi utara (Perlis) tahun lepas tulah pertama kali merasa.

    ReplyDelete
  6. kalau kat kampung dulu memang seronok program memasak bubur asyura ni....bila dah penat makan pun berselera

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...rezeki kann

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki.....di tempat saya tiada budaya bubur Asyura..cuma bubur lambuk masa bulan Ramadan

    ReplyDelete
  9. Td kt opis Bos bw juga..wife dia buat bubur Asyura kedah...bw blk sebekas...tp kita suka yg klate sbb ada daging

    ReplyDelete
  10. Bagusnya PH jadi penerus tradisi! Saya tk berapa makan sangat bubur asyura ni. Tpi orang belah2 utara mmng selalu makan kan

    ReplyDelete
  11. Sy x pernah rasa lagi bubur asyura kedah style ni

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah atas rezeki nya. Suka makan bubur asyura ni.

    ReplyDelete
  13. Rindu nak makan bubur asyura Johor yang sedap. Pedas-pedas lada hitam sikit. Susah nak jumpa yang ikut selera kita. Dah lama rasanya tak makan bubur asyura/lambuk.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah rezeki PH kan...

    ReplyDelete
  15. Ammi pernah rasa ke bubur asyura ni? Mcm tak ingat pulak

    ReplyDelete