Thursday, 29 January 2026

Terima Hadiah Teka Negara dari Kak Amie

Baru²ni pemilik blog Amie's Little Kitchen iaitu Kak Amie bermusafir ke beberapa buah negara di Timur Tengah. Seperti biasa, Kak Amie buka gelanggang untuk kawan² blogger meneka destinasinya. Bayangan yang diberi negara Timur Tengah dan tempat suci. 

Jadi, ini tekaan Ummi πŸ‘‡πŸ»

Dari 5 tekaan, hanya 1 mengena iaitu negara Jordan. Tempat suci yang Kak Amie pergi ziarah rupanya bumi barokah Palestine. Allahu Akbar,  sebak! 

Walaupun hanya 1 tekaan yang mengena, Kak Amie tetap kirimkan hadiah...

Berbaur perasaan, dalam gembira ada rasa sedih dan sebak. Besar sangat rasanya pemberian ni kerana ianya dari bumi anbiyak yang penuh berkat.

Selain topi, ada juga fridge magnet

... dan keychain. Ummi terus pasang dekat kunci kereta Ummi. Suka dan sayang dengan pemberian ni jadi nak terus guna. Juga sebagai simbol solidariti πŸ–€πŸ€πŸ’š❤️

Pashmina dari Jordan yang cantik ni pastinya jadi kesayangan Ummi. Warna hijaunya sangat memikat hati, lurvvv sangat!

Tidak ketinggalan sebuku mineral soap

Kulit muka Ummi agak kering dan mengelupas lately, bolehlah Ummi guna sabun ni.

Alhamdulillah terima kasih banyak Kak Amie atas kiriman hadiah yang sangat berharga ni. DOA saya agar Kak Amie sekeluarga sentiasa dimewahkan rezeki, dalam lindungan-Nya selalu dan diberi kesihatan yg baik utk seluruh keluarga 🀲🏻 




20 comments:

  1. Tahniah... alhamdulillah rezeki dapat pergi Jordan... Cantik hadiah2 tu... Semoga dimurahkan rezeki buat kak amie dan Ummi..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki PH, kami tumpang seronok

    ReplyDelete
  3. Masya-Allah, banyaknya kak Amie bagi hadiah. Tahniah, PH!

    ReplyDelete
  4. Cie punya pun dah sampai. Alhamdulillah rezeki. Cie pun sama betul Jordan je.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki dapat souvenir dari Palestine... Bukan calang calang org boleh ke sana...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..rezeki PH dapat hadiah dari bumi bertuah..

    ReplyDelete
  7. Tahniah dapat. Sabun Laut Mati πŸ™‚

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..Seronoknya dpt byk hadiah =D

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.
    Kiriman kecil dah sampai.
    Saya rasa kulit saya sesuai pula cuci muka dengan sabun dari Jordan itu, diikuti dengan pelembap muka. Hampir sebulan saya pakai sampai terlupa pencuci muka yang biasa diguna hihihiii. Harap bermanfaat untuk PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak tau Kak Amie.
      Suka sangat dgn buah tangan ni ❤️

      Delete
  10. Wah tahniah. Seronok kan kalau dapat pi Masjid Al Aqsa. Semuga Allah rezekikan kita sampai di sana. Aamiin

    ReplyDelete
  11. Tahniah PH...seronoknya macam2 ada tu ha...harap2 kita semua dpt ke Jordan dan Palestine

    ReplyDelete
  12. PH yang dapat hadiah saya pula yang rasa seronok...tumpang sekaki hehe

    ReplyDelete
  13. Tahniah, PH. Pandailah PH bab teka-teki ni.

    ReplyDelete
  14. Syukur alhamdulillah. Tahniah!

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. akak punya pun dah sampai juga..

    ReplyDelete
  16. Negara yg saya teringin juga nak pergi. Tapi suami belum izinkan Krn alasan safety. Tapi suatu saat saya memang teringin sangat nak kesana

    ReplyDelete
  17. Hadiahnya memang best ni PH. Tumpang happy juga untuk PH. Tahniah!

    ReplyDelete