Itinerary hari pertama;
Langkawi SkyCab and the gang ✅
Hari kedua kami pilih aktiviti outdoor pula. Seawal 8 pg Walid dah ke lobi hotel, mencari PIC aktiviti island hopping. Petang semalam dah tanya² few providers. Paling murah dapat harga RM320, kena drive sendiri ke Jeti Tanjung Rhu (around 30 minutes dari hotel). Alhamdulillah ada slot kosong pukul 10 pg.
" Rezeki encik ada slot kosong. Biasanya orang book sehari awal" katanya.
Lambat decide sebab Ummi berbelah bagi nak island hopping ke just naik bot tepi pantai sebelah petang macam👆🏻ni...
Pakej kami ni termasuk transportation ke jeti, pergi dan balik. Harganya RM350 (private boat). Dan lagi best, naik bot di Jeti Teluk Baru, yang hanya 10 minit dari hotel. Tak perlu ke Jeti Tanjung Rhu.
Seronok tengok pemandangan bot² berlabuh gini... Rasa tenang je. Jeti Teluk Baru ni tempat baru dibuka. Pelancong yang naik dari sini Ummi tengok semuanya dibawa oleh van pelancong. Beza dengan di Jeti Tanjung Rhu yang kebanyakannya drive sendiri ke sana.
Kami cuma bawa baju salin dan sedikit makanan. Pakej ni termasuk mandi di Pulau Beras Basah. Walaupun tak berhajat nak mandi, Ummi bawa juga tuala (standby). Dekat jeti ni ada few gerai, yang jual nasi lemak pun ada. Ummi ni naif, tak terfikir pulak nak beli makanan untuk trip ni.
Ummi ingat botnya perlahan atau santai² je rupanya laju ya amat! Terlompat² rasanya dilambung ombak. Tapi menyeronokkan dan memberi pengalaman baru.
Betapa kerdilnya kita dan besarnya pengharapan kepada-Nya bila berada di lautan begini. Walaupun trip ni untuk suka²/bersiar², tapi didiklah hati untuk mengagumi kebesaran Allah SWT.
Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau semula jadi. Selain Langkawi sendiri, Pulau Tuba satu lagi pulau yang didiami oleh manusia. Yang selebihnya pulau² kecil begini dan mungkin tidak sesuai didiami.
Singgahan pertama, Pulau Dayang Bunting. Nampak tak bentuk pulau tu umpama seorang perempuan mengandung tengah berbaring? Sebab itulah namanya Tasik Dayang Bunting. Kami cuma tengok dari jauh. Ada pakej yang bawa pelancong untuk ke pulau ni. Biasanya kata pemandu bot orang ke Tasik Dayang Bunting di pulau ni untuk ikhtiar dapatkan zuriat.
Di sebelah kanan kami pula Pulau Buaya. Bentuknya macam buaya kan? Sekitar ni saja ada 4-5 pulau yang ada.
Ramai juga pelancong ambil pakej island hopping ni... Kalau pelancong Mat Saleh, depa sewa jet ski...
Seterusnya kami ke Pulau Singa Besar untuk aktiviti eagle feeding. Pulau Singa Besar ni paling banyak burung helang tinggal.
Bye Pulau Singa Besar... Jeti tu dah uzur, terbiar je. Tak pastilah ada jalan lain untuk naik ke darat.
Tak berani nak try.
Geng Mat Saleh yang naik jet ski tadi pun baru sampai... Meriah pulau ni.
Hampir sampai ke pulau, pemandu bot bagi roti sorang sekeping, untuk bagi ikan makan.
Kemuncak pakej kami ni mandi-manda di Pulau Beras Basah. Kami diberi masa 2 jam untuk mandi-manda. Lamanya huhu...
Kalau tak nak mandi, bolehlah bersantai ambil angin laut. Seeloknya bawalah tikar, lebih selesa untuk duduk dan berkelah. Kami ni tikar pun tak bawa, makanan pun ada jajan sikit² je. Tak cukup info sebab tu tak prepare awal. Tercengang tau masa pemandu bot kata 2 jam kat sini 😅
Selok beg jumpa roti krim ni alhamdulillah boleh la buat alas perut. Masa ni mulalah teringat nasi lemak acik dekat Jeti Teluk Baru tadi. Sedap kalau dapat berkelah makan nasi lemak ni...
Ada tandas (bayaran RM1) dan bilik air untuk mandi/tukar baju (bayaran RM2). Tapi itulah walaupun dikenakan bayaran tapi kebersihan out. Sebatu dah boleh bau busuknya tu :( Mungkin bekalan air terhad, tak boleh nak mencuci selalu tandasnya tapi tak adil juga untuk pengguna yang kena bayar utk guna kemudahan tu.
Gerai jualan... Kami cuma beli gambar sekeluarga yang diambil oleh photographer di sini. Murah je, RM15.
Kawasan ni sempit sangat, parking double triple. Nak sampai ke simpang, van dipandu mengundur 😁
Apapun alhamdulillah trip pulau ke pulau ni satu pengalaman yang sangat menarik dan berharga untuk kami sekeluarga.
Untuk lunch, Walid beli packed food di warung berhampiran hotel. Alhamdulillah untuk hari yang indah ❤️
No comments:
Post a Comment