Tuesday, 6 January 2026

Angah ~ Friendly Match Bola


Ahad lepas, bertempat di Arena Sukan KL Angah dengan kawan² Acrux dia lawan bola dengan team SMAWIP.  Menang, salam 4-0 la :) 

Sewa padang bola RM800 untuk 1½ jam, beserta pengadil, linesmen dan photographer. RM800 tu bahagi dua antara Acrux dan Zentrix. Team Angah bayar RM25 sorang. Lagi ramai main, lagi murahlah bayarannya. 

Pandai juga nampaknya anak Ummi main bola haha... 
Gambar pun cantik², nampak pro sebab gambarnya diambil oleh photographer Arena Sukan ni la... 

Seronok main di padang cantik dan proper gini. Tapi modal keraslah 😌

11 comments:

  1. Mesti Angah aktif main bola kat sekolah ni. Angah kan duduk asrama, tu agaknya ummi tak perasan Angah ada bakat terpendam. Boleh digilap ni, PH.

    ReplyDelete
  2. Wahhhh aktiviti menyihatkan ni. Baguslah mainnya di padang yang luas. Anak jiran rumah saya rajin main di depan rumah kawasan jalan raya. Silap2 menyepak zoom masuk rumah orang. Pernah berlaku...bukan tak pernah.

    ReplyDelete
  3. wah, pandai main bola.. tengok pada foto tu, ada gaya.. pokcik dulu pun main bola jugak tapi padang rumput, berlecak kalau hujan

    ReplyDelete
  4. boleh tahan juga harga sewa padang , tapi tak apa team work kan, happy enjoy musim cuti gini... :)

    ReplyDelete
  5. Betul tu mbak, sekarang kalau aktiviti sukan memang dah siap pakej dengan jurufoto sekali. Hasil gambar pun nampak pro, senang nak kongsi di media sosial, hehehe.

    Kalau ikut kira, RM800 tu bila ditukar ke rupiah memang terasa juga nilainya. Lebih kurang 2,7 juta rupiah gitu. Fuhh, memang “modal keras” kata orang, tapi berbaloi sebab pengalaman dan kenangan tu kan priceless.

    ReplyDelete
  6. wah..siap ada photog. barulah syok ada gambar cantik utk kenangan.. hihi

    ReplyDelete
  7. Angah ada bakat laaaa....bagus ni siap hore photog...cantik2 la gambar nanti

    ReplyDelete
  8. berbaloi tu byr mahal then mng pula tuπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  9. Wahh ada bakat ada gaya.
    Mahal2 pon berbaloi

    ReplyDelete
  10. fuyoo bergaya angah! mmng mahal sewa per hari tu, tpi sbb dgn team, jadi murah lepas dah bahagi samarata

    ReplyDelete