Bik bagi lagi hasil kebun; pucuk ubi, ubi kayu dan limau kasturi. Pucuk ubi dah selamat dimasak lemak. Ubi kayu kali ni besar² saiznya, tak sedap dah nak direbus. Jadinya Ummi cubalah buat Bingka Ubi.
Resepinya salin dari Che Nom.
Bahan²:
5 cwn ubi parut
2 sb majerin
Beberapa titik pewarna kuning
2 kotak / 400ml santan
1 1/4 cwn gula (kurangkan kalau tak suka manis) - Ummi letak 1 cawan gula perang
1-2 sk garam
Cara Penyediaan;
Nampakkan ubi ni dah tua/matang...
2. Kisar dengan sedikit air. Tapis dan keluarkan air, kalau ada muslin cloth lagi bagus sebab kita boleh perah air sampai kering.
4. Masukkan gula dan garam ke dalam bekas ubi kayu dan gaul rata semua bahan. Kemudian tambah santan.
6. Tapis keluar air perahan ubi kayu kisar tadi dan ambil kanjinya (warna putih) sahaja dan masukkan ke dalam adunan ubi kayu. Gaul sebati.
7. Gris loyang (saiz 9x9 inci) dengan majerin dan lapik dengan kertas baking (pilihan). Tuang masuk adunan dalam loyang dan bakar suhu 180°C-200°C selama minimum 1 1/2 jam. Sapu permukaan dengan 1 sb majerin untuk bagi permukaan lebih berkilat.
Ummi bakar dalam air fryer je. Adunan tu tuang dalam baking paper AF je sebab takde bekas yang muat dengan saiz basket AF tu.
8. Inilah hasilnya. Bahagian atasnya garing dan keras sikit tapi bahagian bawahnya menjadilah juga. Rasa ada, rupa out π
Apapun alhamdulillah licin juga dimakan :)
Sy suka yang garing2 tu, PH. Pernah sekali jer buat binga ubi, penat memarut. Sy macam tu la, kurang cekal, hihi.
ReplyDeleteSama la sy pun ... Ini sbb sayang ubi tu tak berusik, cuba² lah buat. Sekali ni je kot buatnya pun π
DeleteAduhai sedapnya =)
ReplyDeletesedapnyaaaaa...SA kalau bingka ubi bleh makan seketul je..makan lebih kalu..berangin la badan...
ReplyDeletesedapnya... kalau makan panas panas memang best
ReplyDeleteTerer la PH buat bingka.....
ReplyDeleteSeronok baca coretan ni, rasa dekat dengan kehidupan seharian. Kadang-kadang hal kecil pun boleh jadi kenangan manis bila kita renungkan balik.
ReplyDeleteYa ampun, sedapnya bingka ubi. Dulu- dulu masa kecik selalu makan. Cuma bingka kami ada tambahan telur kalau tak silap.
ReplyDeleteTahniah PH, menang teka negara yang kami lawati.
Aiiiiih saya suka kue bingka ubi ini kak πππππ. Pernah dibuat mama juga. Ubi kalau diolah jadi kue saya suka. Tp kalau direbus atau goreng, agak kurang
ReplyDeleteLama tak makan bingka ubi. Sedap
ReplyDelete