Monday, 26 January 2026

Menginap di Langkapuri Resort Langkawi

Di sinilah kami menginap selama 3 malam sewaktu ke Langkawi baru² ni. 


Langkapuri Resort Langkawi ni terdiri dari bangunan hotel, chalet dan motel. 

Sekitar Langkapuri Resort Langkawi, pandangan dari  aras 5 hotel. Yang berbumbung hijau chalet, manakala bangunan berbumbung merah tu motel tempat kami menginap. Bumbung kuning tu bar cafe (bukan milik Langkapuri). Nak ke pantai, hanya berjalan kaki. 

Ini bangunan hotel... 
Depan hotel meriah dengan pelbagai jenis kedai dan pusat membeli belah. 

Eastern, tempat shopping duty free yang murah hanya di seberang jalan. 

Jom tengok bilik... 

Master bedroom. Disediakan 2 tilam extra. Tilam melendut, tapi overall selesa je tidur. 

Perabot dan dekorasi nampak dated, tapi secara keseluruhannya semua fasiliti berfungsi dgn baik. Aircond sejuk, penting ni sebab Langkawi panas cuacanya. Air (shower) pun laju, penting juga untuk keselesaan ketika mandi. 

Bilik tidur kedua; untuk Abang dan Angah. 
Kami pilih apartment 2 bilik sebab hotel takde connecting room kalau tak silap. Kalau hotel tu bangunannya nampak baru. 

Ruang tamu dan dapur. Ada singki, peti ais dan sofa serta TV. Abaikan beg merata² tu...kami checked in pukul 10 mlm, semua dah keletihan. Nak bersihkan badan, solat dan tidur je. Makan pun tak nak dah πŸ˜„

Air mineral dan kelengkapan nak buat air kopi / teh yang disediakan. 

Balcony...


Tangga naik ke bilik kami. 
Betul² berjiran dengan bar cafe tu. Malam² tu dengar juga bunyi muziknya tapi tidaklah mengganggu sangat, kecuali malam new year tu sampai midnight jugalah muziknya. 

Dari tangga ni boleh nampak pantai. Lokasinya sangat strategiklah. 

Alhamdulillah puashati menginap di sini walaupun adalah serba sikit kekuranganya termasuk kemudahan parkir sangat terhad. Tapi pihak hotel akan uruskan sebaiknya agar kita dapat park kereta dalam kawasan hotel. 
Staff hotel sangat² baik, peramah dan helpful πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» 
Lokasi pun bonus point juga untuk Langkapuri ni. 

LANGKAPURI RESORT LANGKAWI 
LOT PT 895, Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 
07000 Langkawi
Kedah

Langkapuri Resort ni diuruskan oleh The Blanket Hotel yang aktif menguruskan beberapa hotel termasuk De Palma Shah Alam, Bahang Bay Penang dll. 
Semoga terus sukses Uncle Paen 🀲🏻





15 comments:

  1. Nampak melendut tilam tu. Asal selesa tidur ok la. Banyak berjalan je kan malam je nak tidur.

    ReplyDelete
  2. Baguih la ada meja dengan kerusi di balkoni... boleh jadi tempat borak2

    ReplyDelete
  3. Walaupun kliatan vintage, tp asalkan bersih dan AC dingin, penting memang kak. Apalagi dj daerah pantai yg panas kan. Wajib lah ac dingin πŸ˜„πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  4. Kenal owner pengurusan tu.bukan calang2 kenalannya...
    Nampak ok je,lagipun untuk tidur je..siang dah berjalan merata

    ReplyDelete
  5. Seronoknya bercuti ke Langkawi dapat lepak pantai bertambah seronok. Setuju dengan PH lokasi main peranan kalau dapat yang strategik memang terbaik.
    Last Mrs. A sekeluarga ke Langkawi Disember 2016 lama sangat dah.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya tgk bilik ni..Nk kena kumpul pitih ni =D

    ReplyDelete
  7. Bagus review PH ni. Boleh jadi panduan bagi mereka yg masih mencari tempat utk menginap di Langkawi. Hurmmm, rindu pulak nak ke sana tapi fikirkan nak masuk pulau tu, malasnya.

    ReplyDelete
  8. berapa ratenya tu? ok jer biliknya dan best sbb betul2 tepi pantai

    ReplyDelete
  9. Mahal x rate diorang PH? SA x ingat plak nama hotel yg kitorang pi dulu..tapi memang kena cross jalan ke pantai Cenang tu...

    ReplyDelete
  10. dlu kala ms lps kawin honeymoon langkawi ada nmpk langkapuri resort ni

    ReplyDelete
  11. Boleh pulak ya bina bangunan rapat sangat gitu, dengan bar cafe pulak tu. Sabar ajelah kan.

    Duduk area Pantai Cenang ni memang seronok dan mudah dekat segalanya, cuma kena terima kekurangan lain. Kami pernah menginap di Nadias Hotel, pun sama - masalah parking terhad dan jauh di belakang hotel.

    ReplyDelete
  12. Kami duduk dulu tak jauh dari Pantai Cenang. Kami duduk kat Pantai Tengah.

    ReplyDelete
  13. Nampak selesa dan menarik apartment langkapuri ni. Yang penting aircond sejuk dan ada pemanas air dalam bilik mandi πŸ˜„

    ReplyDelete
  14. Asalkan bersih kemas, banyak kemudahan di bilik, memang selesa kan.

    ReplyDelete