Tuesday, 20 January 2026

LGK D2: Urut Kaki & Shopping Time!

Angah @ Langkawi, 12 tahun dulu :)

Seronok cuti² kami kali ni, seimbang antara aktiviti jalan²/melawat dan aktiviti santai/bebas. Fleksibel. Mungkin sebab anak⁴ pun dah besar, takdelah terikat dengan masa sangat. Dulu depa kecik, kena ada waktu tidur, waktu nak salin pampers dsbnya... 

Ditambah pula kami stay di tempat tumpuan pelancong, semuanya walking distance je...  Abang pun dah boleh diharap bawa Angah atau Kakak keluar. Adik je la Ummi @ Walid teman. Jadi masa untuk diri sendiri tu banyaklah. 

Pagi kami buat aktiviti island hopping, petang aktiviti bebas. 

Petang tu Ummi dengan ditemani Kakak ke salah sebuah tempat urut di Pantai Chenang ni. Ummi buat foot massage je, ½ jam. Nak urut badan 1 ½ jam, lama sangat dan rasa badan tak ready untuk diurut. Kakak nak buat mani & pedi tapi staff keluar makan (time rehat dia). Jadi dia teman Ummi je. Ummi sorang je client masa tu.

Ada beberapa kedai urut di sini. 
Ummi pilih yang ni. Harganya RM 30, 30 minit. Lepas pukul 9 mlm harganya RM 38 kot. Selesai Ummi berurut tu, Walid pula datang.  Tukang urut Ummi orang Langkawi juga. Suaminya pun tukang urut. Baguslah kan, dapat juga peluang pekerjaan untuk orang sini. 

Selesai Walid berurut, kami ke Warisan Duty Free. Hajatnya nak shopping pinggan mangkuk.

Corelle ada, Pyrex ada... Pilih je mana yang berkenan..

Berkenan set ni... 

Hampir² depa ni ikut Ummi balik Gombak :p 
Berkenan dua²... Tapi sayang, teko tak disertakan sekali. Tak nampak pulak teko yang sesuai dengan set hijau tu. Teko putih banyak juga pilihan. 

Keluar dengan Kakak dah, dengan Walid pun dah. Adik pulak nak jalan dengan Ummi... 

Apalagi, pergi kedai cekelat la :D 
Eastern ni kedai duty free yang paling murah dan banyak pilihan coklat. Packaging pun cantik² dan premium. Sesuai nak dijadikan souvenir. Bab harga tu Angah la rajin keluar masuk kedai buat comparison. Ratusan jugalah RM terbang di sini. Masing² nak beli untuk makan sendiri dan bagi kawan². Mentang² la Tok Umi bagi duit untuk shopping ☺️ 

Selesai berurut dan shopping, kami ke cafe hotel. Nak redeem minuman percuma yang pihak hotel sediakan. Ingatkan nak order fries ke sandwich ke untuk minum petang tapi tak dapat. Staff cafe sibuk prep untuk acara malam nanti, sambutan tahun baru. 

Malamnya memang duduk bilik je la... Walid keluar beli makan malam kemudian kami layan filem P Ramlee. Nak keluar dari hotel memang tak lah, sebab sesak. Sini tempat orang nak sambut tahun baru. Nak tunggu bunga api pun, tunggu dekat bilik hotel je. Sebelah motel ada bar  pulak, jenuh tadah telinga dengar muzik depa sampai pukul 1 pagi lebih πŸ˜‡







16 comments:

  1. Bestnyaaaa
    Lamaaa dah simpan keinginan ni nk ke sini
    Sbnyaa last 1999 ha haaa
    Wahh lawa2 kann pinggan mangkuknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat dah tu Ciknur, dekat² 30 tahun kot. Kena revisit πŸ€—

      Delete
  2. Ok sabar SA...sabar...make sure anniversary bulan 9 nanti pi Langkawi ye...

    ReplyDelete
  3. Sakan berjalan.
    Hehe boleh tidur ke malam itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, kita kan dah berurut siang tu. Malam lena la :)

      Delete
  4. Syok PH, lepas urut kaki sambung shopping pulak ya.
    Paling tak best kalau terkena penginapan dekat dengan pusat hiburan. Pernah dapat gitu, tak lena tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang² depan hotel, kita ambil la kesempatan berurut sekali hihi ..

      Faham la kan, kalau tmpt hiburan ni, nak² sambut new year pulak, sakan depa 🀭

      Delete
  5. pinggan mangkuk & coklat memang kena beli la kalau ke Langkawi tu.

    ReplyDelete
  6. kalau ada kesempatan,nak jugak i repeat2 cuti2 langkawi ni

    ReplyDelete
  7. murah jugak tu urut rm30 utk setengah jam. ke tu standard price ye? sebab saya pun jarang urut. tak biasaa

    ReplyDelete
  8. Serunyaaaa, memang makin berniat saya utk bisa ke Langkawi kak. Pertama nak beli coklat sepuasnya, kedua nak wisata kuliner πŸ˜πŸ˜πŸ˜„. Eh sebentar sangat 30 menit 🀣🀣. Mungkin Krn di Indonesia standard pijit itu 60-90 menit di semua tempat pijit. JD kalau cuma 30 menit, susah nak bersaing dengan tempat pijat lainnya πŸ˜…

    ReplyDelete
  9. Sedapnya urut tu PH. Terasa nak mengurut juga.

    ReplyDelete
  10. Hunyonglaaa dapat dengar muzik freeπŸ˜†πŸ˜†
    Urut kaki so boleh tawaf sopink hehe

    ReplyDelete