Thursday 11 July 2024

Arena Sukan Kuala Lumpur, Setapak

Abang ada game bola. Mula tu depa set nak lawan dengan team sekolah lain di Cheras, tapi tukar venue sebab Cheras tu jauh dari tempat tinggal masing² agaknya. PIC kemudian booked padang di Arena Sukan Kuala Lumpur. First time Ummi pun tahu kewujudan tempat ni. 

Lokasinya berhadapan Balai Bomba Setapak.

Tempat ni nampak baru, lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk disewa; badminton court, futsal court, netball court malah ada swimming pool. Entry fee untuk swimming pool RM12/person/hour kalau tak silap. Jogging track pun ada. Setiap kemudahan ni dikenakan bayaran pada kadar tertentu. 

Padang bola boleh sewa satu padang atau separuh padang. Separuh padang ni utk budak² la kot. Geng Abang sewa the whole padang, 2 jam pulak tu. Very ambitious haha... Tup² team lawan tarik diri, tak cukup orang. Main sesama sendiri je la, ngam² 20 orang plus 2 orang pemain import; Angah dan adik kpd kawan Abang sorang lagi. 

But bola baru, beli sehari sebelum di Coneli Sports Sri Gombak. Semangat ye anak² Ummi :) Harga RM99.80 sepasang, pakai duit raya depa. Lega Ummi 🤭

Proper ye tempat ni, ada sekuriti. Toilet, shower semua lengkap. Cafe pun ada kata Walid.

Yang tengah tu macam Coach 😁

Enjoy yourselves kids 💪

Arena Sukan Kuala Lumpur 
210, Jalan Ayer Jerneh, 
Mukim, Setapak, 
53200 Kuala Lumpur
No Tel: 03 4023 3003
Dibuka jam 7.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari. 

8 comments:

  1. wahhh menarik ni!! esp sbb ada swimming pool tu..bolehlah i usha2 utk my boys

    ReplyDelete
  2. Seronoklah dorang PH. Fiza pun kadang2 anak2 request guna duit raya dorang bila nak sesuatu.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada tempat gini. Lengkap semuanya.

    Beli kasut bola guna duit sendiri, nampaklah 'hasil' duit raya tu kan 😀

    ReplyDelete
  4. Menarik juga arena ni ya cumanya pun tak tahu kewujudannya.

    ReplyDelete
  5. Heheh br tau gak kewujudan tmpt ni..jarang pegi belah2 situ

    ReplyDelete
  6. Waaa... Hebat hebat kalau dah berlatih di sini .. boleh walk in ke tmpt ni?

    ReplyDelete
  7. Baguuus kalo ada arena sukan lengkap seperti ini. JD bagi anak2 yg nak berlatih, at least mereka ada tempat dan fasilitasnya

    ReplyDelete