Excited anak⁴ nak berkumpul sempena cuti Deepavali ni, Umminya terlebih rajin hari ni π Mini choc cake versi kukus ni Ummi buat awal pagi tadi. Teruja nak mencuba sebenarnya :)
Bahan² semua sedia ada di dapur itu yang laju je... Bahan lain yang diperlukan ialah sarang (?) mini cupcakes.
Kemudian, campurkan Bahan A. Sebelum campurkan Bahan A tu, Ummi susun dulu sarang cupcakes dalam loyang kukus.
Ambil sudu bulat (sudu sup) dan sudukan ke dalam sarang cupcakes. Dalam masa yang sama, hidupkan api dan panaskan kukusan. Bila air mendidih, baru letak loyang pengukus. Kukus dalam 15 minit atau sehingga masak. 3-4x juga kukus sbb comel² je kan saiznya. Mujur pengukus Ummi besar, 2 layer cepatlah sikit. Itu pun yang last Ummi masukkan dalam bekas taufufah π€
Dapat banyak ni alhamdulillah. Bolehlah buat minum petang dengan anak².
Terima kasih Ilyana88 atas perkongsian resepi πΉ
Sambil mengukus, sambil menggulai.
Siap kukus kek, lunch teruslah alang² Gulai Ayam (Kari Ayam) pun dah siap. Makan gulai, kena ada kicap baru umphh :)
Selamat mencuba π€
Wah,rajinnya PH...
ReplyDeleteGulai ayam tu gu ngan toyu ngam noh..
kuah dia esok buat lempeng pulak..uish
Tak dan dah nak simpan kuah pun, licin hahaha...
Deletewah..sedap nampak tu, alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah menjadi :)
DeleteRasa lama betul kita tak masak kari ayam, buat choc cake lagilah lama tak buat dah, hahaha. Seronok la PH semua anak ada kat rumah, mesti macam2 menu keluar nanti.
ReplyDeleteAah ye SK, semangat lain macam sikitlah bila anak² ada semua ni
DeleteUtagha style.. makan gulai dengan kicap. Anak akak pun ada yang ngikut makan camtu, nengok ayahnya.
ReplyDeleteBetul Kak, kira wajib la makan kuah gulai dgn kicap π
DeleteOrg perempuan, boleh buat 2 kerja dalam satu masa..
ReplyDeletesiap kukus, dan boleh makan nasi terus hehehe..
Haha superwoman π
DeleteBuat versi comel gini, lebih senang nak makan tak payah potong.
ReplyDeleteTerus rasa macam nak buat jugak, serbuk koko dah lama beli tak digunakan π€
Sy pun nak menghabiskan serbuk koko juga sebenarnya π€
DeleteNak buat jugak..tapi tangan SA ni panas la..x pernah lulus buat kek ke buat kuih ke
ReplyDelete