Monday, 7 October 2019

Back to Normal 💃💃💃


Menari-nari Umminya bila Abang dah habis UPKK semalam 😂😂😂 Alhamdulillah my life is back to normal haha... Seminggu Abang exam, seminggu jugalah jadual harian Ummi berubah. Ummi pun bercuti sekejap dari berkongsi cerita di blog. 

Setiap pagi, selepas Kakak ke sekolah Ummi start kereta, terus ke sekolah Abang untuk hadiri majlis solat hajat dan bacaan Yasin anjuran sekolah. Majlis ni untuk anak-anak tahun 5, guru-guru serta ibu ayah yang berkelapangan. Alhamdulillah Ummi dapat hadirkan diri setiap hari. Cuma hari pertama Ummi terlepas solat hajat. Salah timing :(

Balik dari sekolah Abang, Ummi setelkan hal rumah; sidai kain, menyapu dsbnya. Siap yang ni, terus masuk ke dapur. Sepanjang 4 hari peperiksaan ni, Ummi akan masak makan tengahari untuk Abang. Special treatment untuk dia agar lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan. Pukul 12 macam tu, Ummi akan ke sekolah semula. Teman Abang makan sambil menjemput Angah dari sekolah. Kecuali Tahun 5, murid-murid lain bersekolah separuh hari sahaja, bagi mengelakkan gangguan terhadap pelajar T5 yang menduduki di sebelah petang. Guru-guru pun boleh bagi perhatian sepenuhnya kepada pelajar T5 ini. 




Another reason why I cooked for him :(

Sebenarnya bukan Ummi je yang bawa makanan untuk anak-anak; Mama Adam, Mama Hasya pun sama. Anak-anak complained nasi kantin takde kuah. Tak selera nak makan. Petang nak exam, kalau tak makan susah juga nanti. Ummi pun bawa lebih sikit, bagi Abang share dengan kawan-kawan. Kesian kalau perut masuk angin, susah nanti. Mama Aqil, Mama Afiq pun hari-hari ada temankan anak-anak ni di kantin sambil belanja apa yang patut. Alhamdulillah semuanya prihatin belaka. 

Hari biasa, Ummi hanya ada Kakak dan Adik untuk diuruskan sementara Abang Angah balik dari sekolah. Tapi minggu UPKK ni, bertambah seorang. Menguruskan 2 orang gegirls tu amatlah senang tapi bila si Boboiboy ni ada memang mencabar. Diorang pula kalau berdua, boleh je main elok. Tapi kalau bertiga, mulalah nak bergaduh, 2 lawan 1 😇😇😇

Selepas zohor, dapatlah Ummi rehat sekejap. Took a nap then bersiap untuk ke sekolah semula. Depends on the exam schedule, tapi biasanya sempatlah Ummi solat Asar di rumah. Asar pun masuk awal sekarang. Kiranya setiap hari tu 3x Ummi ulang alik ke sekolah berbanding 1 trip je untuk hari biasa. Moga ianya menjadi salah satu asbab untuk Abang beroleh kejayaan cemerlang di samping usaha dan doa si empunya badan serta guru-gurunya. 

Belah malam pula, Ummi buat revision dengan Abang. Tapi light-light je. Every morning during the exam, pihak sekolah akan buat revision dengan murid-murid jadi Ummi pun taknaklah pressure Abang sangat. Penat diorang. Petang nak jawab exam pula. Pukul 10 we turned off the lights and went to zzzzzzland :D 

Ke sana ke mari, habis gitulah sehari dalam hidup Ummi haha... Alhamdulillah kata Abang dia dapat jawab semua. Kita tunggu je lah resultnya nanti. Usaha dah, tawakkal je. Yang pasti, kita masih ada DOA sebagai senjata :) 

Dating dengan Abang lepas exam semalam.
Tak sabar nak cuba pistol manik dia tu. Dia minta dah lama, tapi kami hanya bagi dia beli lepas habis UPKK. Tuntut janji lah semalam tu

Dah boleh relaks ke Ummi? Eh, belum. Minggu depan final exam pula!

12 comments:

  1. AQlhamdulilah....good luck buat Abang..

    ReplyDelete
  2. Bila anak-anak exam mak pak memang terlebih busy hehehe...
    Semoga berjaya buat anak PH Abang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, over haha
      Insha Allah Abang berjaya ❤️

      Delete
  3. ahaha, menari cha cha ke ina?
    belum update lagi cerita upkk

    ReplyDelete
  4. good luck abg.. smoga dpt result yg cemerlang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Zie 🌹
      Insha Allah Abang dapat result cemerlang aamiin

      Delete
  5. bagusnya Ummi..ammi tak cuti pun anak amik UPKK.
    Tapi jgn merdeka sgt ye abang...nak PAT pulak pasni.

    Sekolah anak ammi hari Jumaat ni dah start

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kita suri rumah ammi... Ada masa join je lah.

      Aah betul, PAT penting utk grading class T6 nanti 😇😇😇

      Delete
  6. bila kita masak lagi puas hati kan kak.. cuma penat sikitla.
    makanan lebih terjaga kualiti nya..

    ReplyDelete
  7. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 5 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete