Thursday, 17 October 2024

Wedding @ Al-Hijrah Banquet Hall


Cantik kad jemputan majlis perkahwinan anak Tn Imam ni. Majlis diadakan di Al-Hijrah Banquet Hall, Kg Sg Tua Tanah Gantian, Batu Caves. Pertama kali kami sampai di tempat ni. 

Depan dewan ada surau, Surau Al Hijrah.
Sebelahnya ada beberapa unit homestay, Homestay Al Hijrah. Kami diminta parking kereta dalam kawasan surau ni. 

Cantik hiasan dalam dewan ni...

Nasi tu share, sebab nak try juga laksa ni :D 
Sedap sedap... 

Tapai, karipap dan rojak buah pun sedap 👍
Makanan kenduri mestilah sedap² semuanya kan...

Cenderahati dari tuan rumah.
Ummi dapat sos cili, Walid dapat kicap keluarkan Syarikat Hj Zainol. 

All the way from Kedah la 😍

Terima kasih atas undangan. 
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hendaknya 🤲 





22 comments:

  1. cantik kad jemputannya, lama dah tak terima kad2 jemputan ni PH, laa nih guna e-card je kan kebanyakkannya .

    ReplyDelete
  2. Baru ni majlis kawin adik kawan, kami tak dapat pergi. Dia bagi juga kicap dan sos cili door gift. Memang suka sangat. Boleh bawa travel sebab botol kecik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak, simpan dulu sos & kicap ni kot² nak travel nanti :)

      Delete
  3. Tahniah buat mempelai dan keluarga

    ReplyDelete
  4. Dah lamaaa tak makan menu2 wedding 😄. Nanti Dec sepupu suami ada yg akan menikah. Walau di Batu, Jawa timur. Tak apalah. Bisa juga akhirnya merasakan datang ke wedding lagi setelah 4 tahun tak ada wedding 😁. Teman2 saya nih memang dah pada menikah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya tak makan kenduri fanny ye... PH hampir setiap minggu ada jemputan alhamdulillah :)
      P/S: Nanti up story wedding cousin suami tu ye, mau baca story nya 🤗

      Delete
  5. lauk kenduri semua sedap2. sekarang ramai buat kenduri kat dewan je senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cie. Dewan atau kadang homestay jadi pilihan

      Delete
  6. Tiba-tiba nampak laksa la pulak PH. Sedap tu. Next wedding bulan 11 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Ezna hihi...
      Wah best tu. Kami pun ada juga awal Nov nanti

      Delete
  7. cantik kad kawin tu...dpt gift sos & kicap tu best

    ReplyDelete
  8. Laksa. Jarang nak jumpa laksa masa majlis kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far selalu juga PH jumpa laksa di majlis wedding... Pastu apam balik skrg ni trend kot

      Delete
  9. Souvenir yang praktikal.
    Suka kalau dapat camni.

    ReplyDelete
  10. Selamat pengantin baru..souvenir tu best betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq SA...
      Betul, function kata org sekarang :D

      Delete