Saturday 12 October 2024

Jalan² @ M3 Mall

Balik dari Perak hari Isnin, hari Selasa 17/9 tu kami ke M3 Mall Taman Melati. Dekat situ ada kedai kain Nagoya. Kami nak cari kain untuk tempah baju Melayu pengawas Abang. Merata² dah cari baju Melayu pengawas yang warna biru tu. Tapi semuanya kain cotton, kami nak cari yang kain licin (koshibo), senang nak gosok dan warnanya tetap maintain. Baju Melayu pengawas Abang sekarang kain cotton, makin lama makin luntur warnanya. Dah macam warna cadar asrama kata kawan dia 🤭


Ummi suka M3 Mall ni sebab tak crowded
Takdelah brand yang hype², semuanya biasa² je. Sesuai dengan target market dia. Anchor tenant dekat sini The Store. 

 Eco Shop pun ada...


Alhamdulillah siap dah baju Melayu pengawas Abang. Hantar jahit dekat Salam Tailor, RM180. Ya ampun, harganya 2x ganda harga kain 😅

16 comments:

  1. mesti segak abang pengawas berbaju melayu kaler biru nih., hehe

    ReplyDelete
  2. Mahal sekarang upah tukang jahit baju

    ReplyDelete
  3. mahal betul kos tempah baju melayu yer..anyway td MZ gi jugak M3 mall tu sbb razeen nak cari brg2 utk pendidikan seni nya...crowded yg amat la kat tempat parking basement tuuu

    ReplyDelete
  4. Linda belum pernah masuk lagi... Hihihi... Ritu pernah masuk melawati mall je.. Ke sama tu? M3 mall tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melawati Mall lain Linda. M3 Mall lain... M3 Mall dekat area LRT Taman Melati

      Delete
    2. ooo...kena gugel nie...hihihi...

      Delete
  5. Dulu teringat nak cari kain pengawas Dania warna kelabu. Merata cari tak jumpa. Akhirnya beli kain kat Jakel dan tempah kat tailor. Baju Dania dulu beli 4 set baju sekolah. Sehari tu sebab pakai baju Pandu Puteri. Anak seorang boleh lagi...kalau ramai...jenuh juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm Abang nji plus size, mmg nak kena tempah baru selesa dgn dia. Beli siap tu boleh cuma kadang sempit situ, keta sini macam² la 😅

      Delete
  6. Kain koshibo tu memang best. Berat dan mudah iron. Dulu pakai kain jenis tu juga masa sekolah. Harga tempah tu boleh tahan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, berat tu nampak baju terletak elok je kan...
      Mahal kan :(

      Delete
  7. Harga jahit baju sekarang mmg seram... kadang2 teringin nak belajar jahit baju sendiri hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH pernah pergi belajar jahit ... Tapi x sesuai dgn jiwa hihi...

      Delete
  8. makaihhh.... dah 180 eh sekarang tempah baju melayu.. rasa dah lebih 10 tahun tak tempah baju melayu, beli yg siap je.

    ReplyDelete