Sunday 13 October 2024

Sambal Buah Ceghupu

Terima kasih kawan² yang komen pasal buah ceghupu  ni. Ada yang panggil buah cepu juga.

Kebetulan nampak (VTT) Datin Kartini pun beli buah ni di pasar Tasik Raja, Pasir Mas. Buah cupu kata DK.  

Pakcik tu cakap, buah ni sedap dibuat sambal. Ummi blurred masa tu, terus tanya, 
"Sambal tumis ke Pakcik?" 
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Rupanya isi buah ni boleh dicampur dalam sambal belacan, macam mangga atau kuinin. Terima kasih Pakcik sudi berkongsi info. 

Balik rumah Ummi pun terus lah try...
Betullah sedap πŸ‘ 
Macam kita makan sambal mangga, adalah rasa masam²nya. Ikut kata rakan blogger Lydia Miza buah ni yang muda boleh dibuat masak lemak cili api dgn ikan sungai. Tq info LM. 

Isinya berulas² umpama manggis. Buah ni boleh dimakan begitu saja; masam² manis rasanya. 

Biji buah ceghupu. 
Nanti nak try semai :) 



18 comments:

  1. tak pernah dengar nama buah ni & rasanya baru ni 1st time tengok.

    ReplyDelete
  2. kalau tangan sejuk, hidup nanti tu...tapi, pokok nya beso pokok mangga tu ke?hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya macam pokok manggis linda... Kita tgk lah hasilnya nanti ahak!

      Delete
  3. Rupa dia pun macam manggis jugak cuma kulitnya macam tomato ek. Tak pernah dengar apatah lagi jumpa, hari ni dapatlah berkenalan dengan beliau, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita... PH pun baru je berkenalan dgn pokok ni :)

      Delete
  4. Oo belah Pantai Timur panggil buah cupu. Banyak juga namanya. Ya, buahnya sangat masam kalau di makan begitu. Dia macam buah asam gelugor juga boleh dicampur dalam masakan disebabkan masam tu. Saya pernah makan begitu je. Tapi dalam masakan belum pernah lagi. Susah nak jumpa buah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul panggilannya ikut tempat Akk rasa. Ye, masam² gitu.

      Delete
  5. Terus kecur air liur tengok sambal buah ceghupu tu sis 🀀

    ReplyDelete
  6. Kat kampung SA ada pokok ni..ye betul selalu nampak diorang buat masak lemak ngan ikan sungai..x pernah makan lagi yang masak or makan begitu sahaja..buat sambal belacan pun x pernah jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah SA try kot hehe ...
      PH baru kenal dgn buah ni...

      Delete
  7. lama sungguh kak ana tak jumpa buah ni PH :) Dah tak ingat dah rasa dia macam mana tapi pernah rasa dulu-dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy first time jumpa buah ni Kak Ana... Itu yg excited nak share 😁 Boleh la pakat² kenai dgn buah nadir ni

      Delete
  8. Tak pernah makan dan dengar nama buah ni PH. Tapi bila PH kata macam rasa masam2 terus kecur airliur pulak.

    ReplyDelete