Wednesday, 8 May 2024

Resepi Syawal ~ Bihun Sup Utara

Simpan sini resepi Bihun Sup Utara untuk rujukan Ummi dan perkongsian bersama. Yang ni versi Ayam, kalau versi daging tu lagi letops

Sayangnya, Ummi tak sempat ambik gambar BSU ni. Kalut layan tetamu yang terdiri dari saudara mara dan kawan² Abang. Ada rezeki raya haji nanti kita repeat إن شاء الله 

Gambar aksesorinya je yang Ummi sempat snapped sekeping. Sebelah daun sup/daun bawang tu lobak masin, all the way dari Jitra. Yang kelakarnya lepas isi dalam bekas ni terus hilang dari pandangan. Puaslah Ummi cari bila nak top up, sampai habis majlis tak jumpa! Rupanya dia menyorok kat belakang dapur. Semalam ambil talam, rupanya dia dok di bawah talam tu. Patutlah tak jumpa 🙆

Tauhu tu sepatutnya didadu kecil tapi Ummi potong nipis, nak jimat sebab geng Baling tiba² boleh mai pulak. Walid pula masih di sekolah, program Muafakat UPKK Kakak jadi takde runner nak ke kedai :D Kakak pula tukang goreng tauhu tu sementara Ummi siapkan apa yang patut. Tq love 😘 

Bihun Sup Utara 
Sumber: Tiktok Ummi Syahirah (tqsm 🌹)

Bahan-Bahan:
Bihun 
1 ekor ayam 
1 ½ sudu makan serbuk sup 
Sup bunjut
2 batang serai - diketuk 
Air secukupnya 

Bahan Kisar:
Bawang besar 
Bawang putih 
Halia 

Bahan Tumis:
4 sekawan
Bawang merah
Bawang putih 
Halia 

Bahan Tumbuk:
Jintan manis
Bawang putih 
Lada hitam biji 

Bahan² Lain (dimakan bersama):
Tauhu - didadu kecil dan digoreng 
Daun sup
Daun bawang
Lobak masin 
Limau nipis 
Bawang goreng 
Sambal Merah 

Cara Penyediaan Kuah BSU
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia 
2. Tumis 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau dan bawang layu 
3. Masukkan bahan kisar, akar daun sup dan daun bawang, 1 ½ sudu makan serbuk sup, serai dan sup bunjut. Tumis lagi bagi naik minyak 
4. Masukkan ayam dan air secukupnya 
5. Masukkan serbuk Tumix @ serbuk pati ayam 
6. Masukkan bahan tumbuk. Biarkan kuah mendidih dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Tutup api.
7. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang. 
8. Hidangkan bersama lobak masin, daun sup, daun bawang, tauhu goreng, limau nipis, bawang goreng dan sambal merah.  

Cara Penyediaan Sambal Merah :
1. Bancuh 4-5 sudu makan serbuk cili bersama air suam. Bancuh pekat, bukan cair² ye
2. Buka api dan kacau sebati. Ulang tambah air hingga 3x bila sambal kering supaya betul² masak 
3. Tambah sos cili, gula dan serbuk perasa secukupnya. Masak hingga pecah minyak dan sedikit kering. Tutup api. Siap.

#Kepekatan sambal ni kena adjust ye sebab sambal merah ni tak cair tapi pekat² sikit, beza dengan sambal kicap yang lebih cair. 

Bihun Sup Utara ni warnanya kuning ye. Cara nak sediakan bihun; panaskan air, masukkan beberapa sudu serbuk kunyit dan gaul rata. Masukkan bihun dan bila lembut tutup api dan toskan. Sedia dimakan bersama bahan² lain dan kuah sup. Jangan lupa letak sambal merah tu. 

Selamat mencuba 🤗

8 comments:

  1. bihun sup ni buat senang nak sedia bahan hirisan tu yang malas sikit hehe

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak makan bihun sup utara. Tengok entri PH ni terus jadi teringin.

    ReplyDelete
  3. SA kalau bihun sup ni kurang skit PH, kalau buat mesti ada mee kuning jugak..SA lebih ke arah mee kuning...

    ReplyDelete
  4. next boleh la jemput kami pula nak merasa bihun sup org utaqha ni hehe

    ReplyDelete
  5. fuhhhh bihun sup utara mmg syok! hehe

    ReplyDelete
  6. Sedap ni makan time cuaca hujan 😋

    ReplyDelete
  7. ni makan time2 selsema nakdemam,, panas2 perghh terangkat heheh

    ReplyDelete
  8. Bihun sup is always my fav🤤

    ReplyDelete