Sunday, 26 May 2024

Wedding @ Sugeh Resort Kuang

25.5.2024 I Sabtu

Alhamdulillah rezeki hari pertama cuti sekolah dapat undangan ke majlis perkahwinan anak lelaki Tn Hj Nik, rakan sekerja Walid. 

Majlis diadakan di Sugeh Resort Kuang. Tapi di signboard ni Sugeh Chalet Sg Buloh. Tempat yang sama je. 

Keluar rumah pukul 1 t/hari sebab sebelah paginya Walid ada appointment ni Pusrawi. Trafik menghala Tol Gombak dah mula sesak. 

Kami pun pukul 2.15 ptg baru sampai di tempat kenduri. Sejam lebih nak ke sini 🙆 

Dah makan separuh pinggan baru teringat nak ambil gambar. Lapaq 🤭
Lauk pauk yang disediakan semuanya sedap sangat. Dewan ni pun cantik dan selesa. Ada surau dan bilik air bersebelahan dewan. 

Kawasan sekitar ni penuh dengan kehijauan... 
Villa Terlajak Laris dan Villa Syukri. 

Laluan untuk ke chalet. Kata Rela belakang ni juga ada petting zoo.  

Buah tangan dari keluarga pengantin. 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai dan tahniah buat THN dan keluarga atas kehadiran ahli keluarga baru. 

Terima kasih atas jemputannya 🌹

16 comments:

  1. Tempat AS ke ni? Cantik tempatnya, mesti tambah sedap makan kenduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah SK, AS punya.
      Alhamdulillah sedap² lauknya 😋

      Delete
  2. Nampak macam lauk daging masak hitam tu 😋

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat mempelai dan keluarga.
    Menarik tempatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wak
      Menarik Wak, ada pelbagai kemudahan

      Delete
  4. oh sugeh resort ada tmpt utk wedding juga...biasa tgk alif syukri share tmpt penginapan....selamat pengantin baru utk mempelai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, Dewan Melatee tak silap namanya... Yg chalet tu kitorang tak tengok pula sbb malas nak jalan ke dalam. Kereta terpaksa parking di jalan besar sbb parking penuh.

      Delete
  5. Haah En Nik punya menantu yang pertamakalau x salah..x smeua yang dijemput..SA pun jauh x dapat pergi...selamat pengantin baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, menantu sulong dengarnya.
      Dept EH pun 4 org je dijemput. Alhamdulillah ada kelapangan utk kami hadir

      Delete
  6. Musim cuti sekolah ni, ramai yang buat kenduri kawin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.... Alhamdulillah kami pun byk jemputan termasuk bulan depan pun ada juga

      Delete
  7. menarik nya wedding buat kat resort gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye MZ, tempat cantik dan parking pun luas ...

      Delete
  8. Cantiknya laluan ke chalet tu.. cool je.

    ReplyDelete
  9. Cantiiik buah tangannya. Itu piring kan kak? Motifnya saya suka 👍. Apa arti Sugeh ini? Saya LGS ingat bahasa Jawa. Kalo di BHS Jawa sugih atau Sugeh artinya kaya

    ReplyDelete