Sunday, 28 April 2024

Geng GEXXIN Datang Beraya @ 18 Syawal


Balik dari majlis akad nikah Jal & Nadiah, malamnya selepas Isyak Ummi mula memasak. Rebus ayam untuk Nasi Ayam dan buat kuah sup untuk Bihun Sup Utara. Hari tu kan dah janji dengan kawan² Abang Ummi nak masak untuk diorang. Minggu ni PB, jadi jemput diorang datang beraya. 


Bffs Kakak; Geng ADIDAS beraya minggu lepas. 

Menu minggu ni;
Nasi Ayam - 17 pot beras, 2 ekor ayam+ 2 pek Ayam Goreng Ayamas
Bihun Sup Utara - 1 ekor ayam, 3 peket bihun 
Kek Caramel
Tembikai 
Kuih Raya/ Kerepek 
Air Sarsi & Grape 


Aksesori Bihun Sup Utara. Bihun dan kuahnya lupa ambil gambar. 

Kek Karamel Coklat Ummi order dari Mak Ain. Pertama kali makan, sedap. Boleh repeat order nanti. Tetamu pun cakap sedap alhamdulillah. 

Tetamu pertama, Muaz. 

Masa ni tenang lagi... 

Lepas tu, sorang demi seorang sampai. Ada yang dihantar oleh parents, ada yang datang naik Grab 😁 Budak² sekarang kan pandai naik Grab bagai..

Majoroti berbaju Melayu, sebab tuan rumah satu lagi, WaZu cakap semua kena pakai baju raya. Lepas rumah kami, depa beramai² ke rumah WaZu pula di Bukit Jalil. Sakan depa beraya :) 

Dalam sibuk melayan kawan² Abang, Maklang Di dan family pun sampai. Singgah beraya sebelum balik ke Kedah. 

Terima kasih sudi bertandang. 

Selain 2 group besar ni, kami terima juga kunjungan kenalan dan jiran. Alhamdulillah. 

Kehadiran; 
GEXXIN 21
Mama Adam 3
Maklang Di 4
Makteh Yati 2
Maksu Teh 1
Lek & family 4
Lan & family 6
Jal & Nad 2
Cik Aida 2
Lili 1
Cg Wanie 7
Cik Ayu 2
Cik Leha 3

Alhamdulillah 50 orang lebih yang datang. Rekod sini untuk rujukan. Alhamdulillah makanan cukup cumanya ayam untuk Nasi Ayam tu terpaksa top up dengan Ayam Goreng Ayamas untuk yang hadir belakang². Bajet sedikit tersasar sebab kami ajak Maklang Di & the geng last minute. Depa pun mulanya tak nak datang, nak terus balik Baling, kemudian berubah fikiran. Agaknya sebab Ummi ajak berkali² 😁 Bukan apa, depa pun bukan selalu datang Lembah Klang ni, ralat juga jika tak diajak ke rumah. Kalau balik kampung tu rumah depa yang kami tuju, tak seronok pulak kalau depa mai sini kita tak raikan. 

Kali ni penat, sebab ramai tetamu haha...

Ingat nak tutup dah dapur raya, tapi dengar² ada yang nak datang beraya lagi hujung minggu ni 🤭

12 comments:

  1. meriah lagi rumah PH ye..ada pembantu masak2 dekat dapur xpe boleh buka pintu rumah untuk tetamu raya lagi..saya raya tahun ni memang tutup pintu hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Abang byk bantu. Anak³ lain pun pakat tolong juga. Kalau sorang je tak mampu juga. Atau pun datang mengejut mmg tak la nak masak² gini hihi...

      Delete
  2. waahhh meriah rumah PH tetamu ramai dtg beraya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Suka org datang rumah provided that bgtau awal. Bole prepare awal :D

      Delete
  3. Meriahnya ramai yg dtg beraya tu. 50 orang sekali datang boleh pengsan tuan rumah nak melayan tetamu hehehe. Alhamdulillah makanan cukup. Pandai PH bajet kuantiti makanan. Tak terlebih, tak terkurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ngam²..
      Tapi nasi 3x masak juga hihi...

      Delete
  4. insyaallah...dah jamu tetamu nanti adalah tu rezeki lain pulak.

    ReplyDelete
  5. Ramainya tetamu PH. Sedap tengok nasi ayam. Meriah, meriah.

    ReplyDelete
  6. Tahun ni kami tak buat open house, bertembung dengan urusan lain.

    ReplyDelete
  7. Uwaaah ramaaaai kak PH para tetamu yaaa 😄👍. Pembawa rezeki orang kata. Semoga lah utk acara berikutnya dilancarkan semua yaa

    ReplyDelete
  8. Tetamu datang bawak rezeki kan PH..rumah SA je tutup...kami masih belum terima tetamu macam tahun2 lepas

    ReplyDelete